Thursday, January 9, 2014

Boleh bertahankan slogan "Cepat,Tepat, & Intergriti.

Dulu ramai orang mengeluh dan bersunggut, terlalu lama mengambil masa untuk berurusan dengan pihak Imigresen. Sama ada mahu buat pasport atau pun mahu memperbaharui pasport.

Tahun ini (januari 2014) sudah tidak banyak kedengaran sunggutan yang tidak menyenangkan apabila berurusan dikauntar, sesuai dengan slogan Cepat, Tepat, & Intergriti. Kini program 6P sudah tidak menjadi isu lagi walaupun ramai yang menjadi mangsa penipuan, isu birokrasi sedikit saja kedengaran, rata-rata kakitangan kini ramai yang mesra dan peramah serta melayan pelanggang dengan berhemah terutamanya di Bahagian Expatriate Services.

Bukan saja di Putrajaya Jabatan Imigresen mendapat pujian, ditiap tiap negeri pun perkhidmatan jauh lebih baik dari dulu, ini semua hasil kegigihan pucuk pimpinan Imigresen berserta Pengarah-pengarah dan kakitangan. Kalu pun ada perkhidmatan songsang hanya sedikit saja kakitangan yang melakukannya.

Keprihatinan Dato' Seri Ketua Pengarah untuk melihat Jabatan Imigresen dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orangramai telah berhasil, yang mana semua kakitangan diminta memberi perkhidmatan terbaik serta melayan orangramai dengan penuh tanggongjawab dan tidak kedekut untuk sentiasa senyum dan bersopan.

Biasalah apabila berurusan dengan manusia yang ramai, berbagai-bagai kerenah terpaksa dihadapi oleh kakitangan, suasana dipintu masuk Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya seperti pasar borong, lambakan orangramai tidak terkawal, boleh duduk dimana-mana mereka suka, kerana tidak cukup pengawasan.

Dikantin pula, tak ada standart langsung, seperti kedai makan dipasar borong, makanan dibiarkan bertaburan, pinggang untuk kueh mueh tidak berlap, basah dan menjejekkan. Sekarang pelayan dari bangsa Indonesia , dulu pelayan dari bangsa India, tak bolehkah kantin dioperasi oleh bangsa Melayu? sebagai model.

Pujian boleh diberi kepada kakitangan yang berkhidmat untuk menaikkan nama jabatan, walaupun baru-baru ini dipintu masuk KLIA ada tangkapan, itu tidak mencermin keseluruhan kakitangan. itu adalah kes terpencil dan kini Jabatan Imigresen dilihat lebih bersungguh untuk dibersihkan dari gejala 'seekor kerbau membawa lumpur'. mereka yang membuat salah perlu dihukum, tak kiralah lelaki atau perempuan, supaya tidak merebak lebih teruk lagi.

Apakah imej Imigresen yang kelihatan baik hari ini akan dapat bertahan, ikutilah kupasan akan datang.




No comments: