Tuesday, July 1, 2008

'Sistem Kroni' yang menyusah lagi merugikan...

yang ku dengar

Akan ada pendedahan berhubung dengan konsperasi tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat pada tahun 1998, tentang bagaimana cara soal selidik terhadap yang dituduh diaturkan dan bagaimana cara pendakwaan dilakukan dan bagaimana para pelakun diarah dengan skrip yang disediakan dan bagaimana keputusan penghakiman akan dijatuhkan. Ini semua adalah andaian sekiranya berlaku pendedahan.

Tapi yang nyata sekarang ini soal kroni disemua jabatan kerajaan, bagaimana pihak JPA dan KPPA berserta dengan Ketua Setiausaha Negara mengamalkan semangat kronisma yang banyak menyakitkan hati para penjawat perkhidmatan awam yang mengharapkan kenaikan pangkat berlandaskan ketelusan.

Cuba tanya penjawat awam peringkat TKSU, KP, TKP, SUB, KPSU, PSU dan sebagainya, apakah mereka itu suka dengan keadeh dan cara kenaikan pangkat yang diamalkan oleh KSN, JPA & KPPA sekarang ini, kenapa satu dua line saja pegawai pegawai di naik kan pangkat, line yang ada kena mengena dengan KSN dan KPPA mudah dan cepat mendapat tempat kenaikan pangkat dan ditempatkan ditempat yang startegi, kalau tak ada line terperuklah mereka itu walaupun sudah dapat dua ataupun tiga kali sijil khidmat cemerlang.

Begitu juga di jabatan Polis, dengarnya mesti ada cable baru kedudukan seseorang itu akan selesa, walaupun dah di war war kan akan kenaikan pangkat dan sudah pun diarah untuk bertukar tapi apabila cable nya tidak kuat maka pertukaran dibatalkan dengan serta mereta dan kenaikan pangkat pun ditangguhkan segera.

Apakah kerajaan Pak Lah sekarang ini sudah pakai skrip, maka yang patut dahulu tidak didahulukan dan yang patut kamudian didahulukan pula. Kenapa sistem kroni masih diamalkan dizaman Pak Lah mahu membentuk kerajaan adil dan bersih serta telus dalam mengamalkan tindakan kearah kerajaan cemerlang dan terbilang. Tapi sayang mereka yang diberi tanggongjawab bagi memikul amanah kerajaan nampaknya gagal mengamalkannya.

Yang terdapat kini adalah sampah sarat yang disuruk dibawah permaidani supaya tidak nampak kelabu oleh Pak Lah dan kroni mereka akan bersorok dan berseronok kerana mendapat ganjaran dan upah yang lumayan walaupun dulu kerja tak seberapa.

Wahai Pak Lah, tolong selak selaklah dibawah dan beri lah hak mereka (pegawai penjawat awam atau pun polis) menduduki ditempat mereka yang sepatutnya, kerana jangan nanti kesilapan tidak menunaikan tuntutan kakitangan awam sebelum pilihanraya lalu yang menyebabkan mejoriti mereka tidak menyokong BN akan merebak dan mengakibatkan jatuhnya kerajaan yang ada kerana tidak prihatin diatas ketidakpuasan hati mereka.

Bak kata Ayat Ayat CINTA," jangan menyombong diri".

No comments: