Wednesday, October 22, 2008

sarapan pagi nasi kerabu daging bakar rm5.00

Tuanku Sultan Pahang bertitah, Kenapa peruntukan makanan mangsa banjir sekitar RM8.00 sehari seorang, lebih murah jika dibandingkan dengan makanan yang disediakan di kem kem tahanan warga asing ataupun makanan yang disediakan kepada orang kena tahan dalam lokap lokap polis.

Kita pun tak tahu, mujurlah keperihatian Tuanku Sultan didedahkan dalam media massa dan media cetak. nampak sangat pegawai pegawai yang dipertanggongjawab tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum meminta peruntukan daripada pihak yang berkuasa bagi menjaga kebajikan kepada rakyat yang menghadapi kesusahan.

RM 8.00 sehari dimasa ini tidaklah menasabah, apa makanan yang disediakan, barang kali orang ramai yang terpaksa dipindahkan ke pusat pusat pemindahan di sajikan dengan makan yang tidak bermutu dan berzat. kerana makan nasi berlauk pagi atau nasi kerabu daging bakar dengan teh O secawan di Batu 11, Kadok, Jalan Kuala Krai, dalam parlimen ketereh, harganya RM5.00. itu baru sarapan pagi.

Maka bertepatan sangat saranan Tuanku Sultan Pahang itu, supaya pihak pihak yang terbabit mengkaji semula peruntukan bagi memberi makan kepada rakyat malaysia yang kena musibah. Rakyat akan sihat apabila cukup makan makanan yang berzat.

Minyak naik, Tol naik, Gaji naik, barang keperluan harian naik, peruntukan untuk kebajikan pun patut naik, kerana semua orang mahu naik, termasuk ahli ahli politik.

No comments: