Tuesday, October 14, 2008

Tan Sri Annuar Musa tidak tanding Naib Presiden dan MT UMNO

Salam sejatera,para sahabat,rakan rakan dan pembaca yang budiman.

Berdiam diri bukannya bererti mengaku kalah.

Menjelang pemilihan dan persidangan Agong UMNO Bahagian KETEREH pada 8hb. November 2008 nanti. saya akan terus berusaha mendapat maklumat tentang apa yang akan dapat dilihat terutamanya berhubung pencalunan Presiden,Tim. Presiden serta Naib-Naib Presiden.

Yang pastinya, salah seorang calun Naib Presiden ialah Tan Sri Annuar Musa, beliau bukan saja Ketua UMNO bahagian KETEREH bahkan juga selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan menjadi kewajaran bukan saja UMNO Bahagian KETEREH mencalun beliau tapi semua Bahagian harus memberi penghormatan mencontohi pencalunan yang telah dibuat oleh UMNO Bahagian Machang.

Sekiranya semua Bahagian di Kelantan mencalunkan beliau, ini bermakna Tan Sri Annuar Musa akan mendapat 14 pencalunan dan bakinya akan senang dapat dari Bahagian diluar dari Kelantan. Insya Allah beliau akan mendapat cukup pencalunan. Sekiranya ada Bahagian di Kelantan tidak mencalunkan beliau ini bermakna Bahagian tersebut telah menonjolkan diri bahawa perpaduan bukan matlamat perjuangan Bahagian tersebut, Bahagian tersebut boleh dikatakan ego tak bertempat atau pemimpinnya mencari makan dengan membuat pencalunan.

Mudah mudahan perkara yang baik akan berlaku di kelantan.

(semasa sedang menulis blog ini ada sahabat telepon mengatakan Tan Sri dah buat pengumuman dalam TV1 beliau tidak akan menawarkan diri untuk dicalun sebagai NP dan MT dan apabila saya sms pada beliau, jawapannya 'yes').

No comments: