Thursday, October 16, 2008

Tim.Presiden UMNO adalah Tim. Perdana Menteri Malaysia biasanya!

Isu sekarang yang menjadi fokus ialah pemilihan pucuk pimpinan parti parti politik di Malaysia. Parti Gerakan baru selesai memilih pemimpinnya. MCA akan menyusul dan UMNO dalam kerancakan memilih calun calun yang sudah pasti bakal menjadi pemimpin negara secara tradisinya.

Dato' Seri Najib sudah terserlah akan di nobatkan menjadi Presiden UMNO menjelang Mac 2009 sesuai dengan khidmat beliau yang telah menjadi Timbalan Presiden yang taat dan setia kepada Parti dan Presiden. Beliau seorang saja setakat ini dicalun oleh Bahagian bagi merebut jawatan Presiden UMNO yang dengan tersendirinya akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Hanya Allah yang dapat mengubahkan.

Jawatan Timbalan Presiden ada 3 calun. Tan Sri Muhyidden Yasin mendahulu calun calun lain iaitu Datuk Seri Ali Rastam dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Dan perlu diingat kebiasaannya orang No 2 dalam parti UMNO akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kalau pun semua ketiga calun ini dikira layak untuk dijadikan Timbalan Perdana Menteri. Tapi faktor faktor kesesuaian perlu diambil kira.

Pertama mereka yang nak jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mereka hendaklah menang sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kedua mereka mesti menjadi wakil rakyat. Dalam hal ini hanya Tan Sri Muhyuddin Yassin saja yang layak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya beliau menang Timbalan Presiden UMNO.

Datuk Seri Ali Rastam langsung tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana beliau bukan wakil rakyat parlimen. Tan Sri Muhammad Taib kalau layak pun lesen palsu kerana beliau juga tidak menjadi wakil parlimen. Kalau nak kosongkan mana-mana parlimen untuk memberi lalui kepada Timbalan Presiden sekiranya Ali Rastam dan Mat Taib menang itu pun belum tentu lepas.

Bagi memudahkan proses pembentukan kepimpinan dalam UMNO dan Kerajaan regu Dato' Seri Najib dan Tan Sri Muhyidden harus menjadi paksi dalam petunjuk pencalunan di peringkat Bahagian. Oleh itu semua perwakilan UMNO diperingkat cawangan di minta matanglah untuk membuat pencalunan. Carilah rezeki cara lain.

Masih ada waktu untuk Datuk Seri Ali Rastam undur kekal dijawatan Naib Presiden UMNO dan Tan Sri Muhammad Mat Taib ikutlah jejak langkah Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dalam Mingguan Malaysia, Ahad ini jumpa Tan Sri Annuar Musa.

No comments: