Sunday, October 26, 2008

Pemuda UMNO; Dato' Anak TUN lawan Menantu PM.

Khairy Jamaluddin (KJ), Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, disahkan sudah layak untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama Dato' Mukhriz Tun Mahathir.

Ini bermakna Dato' anak Tun akan berlawan dengan orang biasa, walaupun orang biasa tapi menantu kepada Perdana Menteri, Dato' pula anak kepada bekas Perdana Menteri. Dua dua bergelar Yang Berhormat. Sama kaya, sama ada seorang isteri.

Pemilihan akan berlangsung pada bulan mac 2009, masih panjang masa untuk berkempen,untuk turun berjumpa perwakilan. Siapa yang akan menang belum tentu, pencalunan bukan tiket untuk dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kemenangan seseorang bergantung kepada undi perwakilan yang terdiri daripad Ketua dan Naib Ketua Pemuda Bahagian serta dua orang wakil yang dipilih di Bahagian. Dan sesiapa yang mendapat undi 450 dikira menang. Bagaimana untuk mendapat undi sebanyak itu akan menjadi topik isu semasa dikalangan pemerhati politik tanahair.

Maka setiap perwakilan yang hadir untuk pemilihan nanti akan sentiasa bermimpi tak kira siang atau pun malam, mereka akan memilih pemimpin idamannya, mereka akan tukar keputusan yang telah di putuskan dalam mesyuarat Bahagian. itulah sebabnya pencalunan tidak mengikat perwakilan untuk mematuhinya. Keputusan mesyuarat di Bahagian tidak diterjemahkan melalui undi. Undi diterjemahkan ikut kehendak dan rasa, maka calun yang bertanding untuk memperolehi undi bagi menjaminkan kemenangan mestilah ikut kehendak dan rasa perwakilan.

Calun yang tidak ikut kehendak dan rasa perwakilan akan kecundang, siapa yang bertanding tak mahu kemenangan, apabila mahu kemenangan mesti turut kehendak dan rasa perwakilan dan apa sebenarnya kehendak dan rasa yang akan diminta oleh perwakilan, hanya calun yang bertemu dengan perwakilan saja yang tahu.

Bukan harta yang dikehendaki oleh perwakilan, tapi seorang ketua yang berwibawa dan mampu untuk menunai segala-galanya dan orang itu dirasai boleh dibawa berunding serta bijaksana dalam membuat keputusan bagi mengikut kemahuan perwakilan. Maka menanglah ianya.

No comments: