Wednesday, October 15, 2008

Masam Manis Bahagian UMNO Di Kelantan.

Yang sudah pasti bergelar Ketua UMNO Bahagian di Kelantan ialah Tan Sri Annuar Musa menang tanpa bertanding di Bahagian Ketereh, Dato' Awang Adik Husein menang tanpa bertanding di Bahagian Bachok, Dato' Nor Zaidi Ghazali menang tanpa bertanding di Bahagian Tumpat, Dato' Fatmi Haji Salleh menang tanpa bertanding di Bahagian Kota Bharu kerana Dato' Zaid Ibrahim menteri yang letak jawatan sebelum Pak Lah berhenti tidak cukup pencalunan. Sdr Abdullah Mat Yassin menang tanpa bertanding di Bahagian Rantau Panjang kerana Bekas Ketua Datuk Mat Zin digantung keahlian selama 3 tahun dan tidak dibenarkan bertanding, YBM Tengku Razaleigh Hamzah menang tanpa bertanding di Bahagian Gua Musang, Dato' Mustapha Mohamed menang tanpa bertanding di Bahagian Jeli, Sdr Jazlan Dato' Yamud menang tanpa bertanding di Bahagian Macang atas kebijaksanaan bekas Ketua Dato' Ismail Mamat serta Sdr Ikhmal Hisham di Bahagian Tanah Merah yang mana beliau sendiri mengumumkan menang tanpa bertanding.

Yang masih bergeloran menunnggu gelaran Ketua Bahagian ialah Dato' Romzi Ab.Rahman, Bahagian Kuala Krai kerana beliau hendak dicabar oleh Dato' Wan Zaid dan berkemungkinan beliau menang tanpa bertanding kerana kebijkaksanaan bermain politik.

Datuk Kamaruddin Md. Noor juga masih menghitung hari sama ada beliau akan kekal bergelar Ketua Bahagian atau pun tidak kerana pencabar beliau adalah Bekas Ketua Pemuda yang tak kurang hebatnya berpolitik. Tersungkur atau tidak masa saja yang menentukan.

Di Kubang Kerian bunyi macam ada pertandingan tapi nampaknya berat sebelah, tektik lebih berpihak kepada Ketua Bahagian yang baru dilepas dan dibebaskan oleh Majlis tertinggi atas kes dituduh rasuah. Dato' Mohamed Ghani cuba mahu bertanding tapi orang kata lawan bodaa, tak ada persiapan dan tak reti berpolitik. Siapa jadi Ketua Bahagian sama saja, pilihanraya tak kemana samalah di Bahagian Pengkalan Chepa, dah jadi caca marba, antara Dato' Nik Zain, Sdr Dali, bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Sdr Rapli, orang kata menang jadi arang kalah jadi abu, tempat kubu PAS, pemimpin UMNO tak serik serik nak berlawan, berlaga sama sendiri entah apa yang dikejar. Jadi Ketua ditempat yang UMNO lemah dengan cara berperang sama sendiri making melumpuhkan parti, tak sedarkah mereka itu.

Di Pasir Mas akan menyaksikan petembungan diantara bekas wakil rakyat kerana kekosongan jawatan Ketua disebabkan penyandang Dato' Rahim Ab.Rahman tidak mempertahankan jawatan. Hanafi Mamat akan bertemu dengan fauzi Mamat. Kedua anak Mamat ini akan menentukan nasib masing-masing. Dari segi kekayaan fauzi Mamat sudah kalah tapi dari segi ramai Gu fauzi Mamat menang besar, tapi yang menentukan siapa yang akan jadi Ketua Bahagian ialah perwakilan dari cawangan-cawangan. Siapa perwakilan akan pilih, Ketua yang kaya atau Ketua yang ramai Gu. tunggulah satu sejarah baru di Bahagian Pasir Mas. Kalau dulu sejarah Dato' Ibrahim di gugurkan sebagai Ketua Bahagian dengan cara tidak demokrasi dan di pecat dari UMNO kerana menjadi calun bebas dalam pilihanraya dan kini bergelar YB bertandiing atas lambang PAS tapi mengaku calun bebas dan tak lama lagi akan dipelawa menyertai UMNO untuk di kembalikan haknya. Sama samalah kita menanti THE END.

G7 apa untungnya.

No comments: