Friday, July 2, 2010

Kementerian mana?

KSU paling berkuasa...
SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Ramai yang resah, kecewa dan marah dengan tindak-tanduk beliau termasuk daripada kalangan pegawai dalaman. Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan.

Itulah maklum balas yang Awang terima sejak tahun lepas lagi. Cakap-cakap dan desas-desus mengenai beliau makin banyak, sebahagiannya agak panas. Malah ada yang mendakwa KSU berkenaan dikatakan bijak memanipulasi keadaan agar segala keputusan sentiasa memihak kepada percaturan beliau. Tetapi adalah tidak adil untuk menjatuhkan rumusan apatah lagi hukuman tanpa memberi beliau peluang membuat penjelasan dan membela diri. Mungkin ia lebih kepada persepsi dan salah tanggapan. Namun dalam kita mendokong integriti, segala maklum balas berkaitan beliau tidak harus diambil ringan.

Apakah motif Awang bangkitkan hal ini? Awang hanya menyalurkan suara keluh kesah dan aduan banyak pihak selain mahu melihat sistem penyampaian yang berkesan seperti yang sentiasa ditekankan oleh Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Mana-mana KSU tidak seharusnya menjadi maharaja atau Napoleon kecil, yang hanya akan menjejaskan lagi imej pentadbiran kerajaan. Mereka harus tahu batas kuasa dan benar-benar menerapkan akauntabiliti.

Siapakah KSU yang dimaksudkan? Awang tidak bercadang untuk mendedahkan namanya. Awang percaya dengan secebis kisah kecil ini, mungkin ada yang boleh bayangkan siapakah KSU berkenaan? Terserah kepada tafsiran masing-masing. ( rencana mingguan malaysia)

2 comments:

Detguaq said...

Inilah yang dikatakan TAKUTnya lebih besaq pada berani.

Kalau nak dedah, dedah perabih, jgn jadi teloq dok sepak dinding saja..

"kelepaq...kelepaq..." tang masuk dak juga...

srimalinja said...

Boss, kalau saya kata KSU yg ada title Datuk Wira...betul ke? dia pun rasa macam hebat jugak taring nya..Apa yg dicadangkan oleh ahli semua dia reject, perasan bagus betul la tu..Apa yang menteri @Timb Menteri arah dia buat dok.... ikut suka kepala dia je... Ramai KSU ada title Datuk Wira... betul kan.....?