Thursday, July 15, 2010

Polis Traffic & Rasuah!

cukuplah 'saman ekor' kerja ini seperti kerja pelahat pitih

Polis traffic diminta mengkaji semula bagi menyaman kenderaan yang laju melebihi daripada had laju kerana ramai orang tidak berpuas hati dengan kegiatan polis traffic menyaman ekor tanpa diketahui oleh pemandu.

Billion ringgit hasil yang akan didapati oleh Kerajaan Malaysia sekiranya amalan menyaman ekor itu diteruskan sekiranya rakyat membayar seperti tempoh yang telah ditetapkan. Dan pada satu ketika rakyat yang membuat kesalahan traffic ditangkap dan digari sebelum tuduhan dibuat dimahkamah.

Ada juga yang melakukan kesalahan traffic dilepaskan oleh polis traffic kerana ada unsur rasuah dan diselesaikan secara suka sama suka ataupun dipaksa, ini jelas apabila ada polis traffic didapati bersalah dimahkamah kerana menerima rasuah daripada pemandu kereta yang jelas membuat kesalahan sama ada lari laju, bercakap telepon semasa memandu, road tax mati, tak pakai tali pinggang dan sebagainya.

Yang sedihnya ada polis traffic yang meminta rasuah sebanyak $20.00(Dua puluh ringgit) dan didapati bersalah oleh mahkamah dengan hukuman 1 (satu) tahun penjara dan denda RM10,000 (Sepuluh ribu ringgit). Hilang kerja yang halal, nasib anak bini tercalar, ibu bapa dikampung yang mengharapkan boleh menumpang kini namanya tercemar.

Itu rasuah yang dilakukan oleh polis traffic yang berpangkat kecil, bagaimana pula dengan yang berpangkat besar?, tak mungkin mereka melakukannya kerana gaji sudah cukup mewah, tapi manusia yang ada kuasa sebenarnya tidak merasa puas dengan apa yang ada. Tak kira yang berjawatan kecil ataupun besar selagi IMAM dan AKAL tidak dapat menguasai NAFSU selagi itu gejala rasuah akan terus berlaku.

Rasuah berlaku dimana-mana tempat yang terdapatnya kuasa, sama ada kuasa itu besar ataupun kecail, SPRM ditubukan untuk membasmi rasuah, berbagai-bagai cara kempen dilakukan, banyak orang yang telah dijatuhkan hukuman, tapi rasuah semakin menjadi-jadi, rasuah sudah berlaku secara terang-terang tapi SPRM tidak dapat berbuat apa-apa.

Manusia sekarang ini bijik dan teramat bijak teruatamnya dikalangan mereka yang suka melakukan kesalahan, mereka yang ada kuasa dan berkuasa tak kiralah dari kalangan politik ataupun penjawat awam kerap melakukan jenayah rasuah.

Contoh yang terang dan nyata, setiap orang yang berkuasa akan terlihat kemewahan yang berlebihan daripada pendapatan mereka itu, kalau dihitong dengan gaji dan elaun bekerja sampai umur 85tahun pun kehidupan dan hartanya tidak akan dapat semewah itu. Tapi SPRM gagal untuk membuktikan kesalahannya kerana kadang-kadang mereka itu beralasan wang yang banyak hasil dari keuntungan jual beli saham.

Lihatlah mereka yang berkuasa selalunya ada kroni sebab itulah sekarang ini payah kepada ahli perniagaan untuk dapat projek walaupun syarikatnya sudah lama berkecimpung dalam urusan perniagaan. At last orang yang entah datang dari mana dan tak pernah terlibat dalam perniagaan tiba-tiba syarikatnya dapat projek berjuta-juta ringgit.

Lihatlah dan Pandanglah wahai orang yang berkuasa termasuk SPRM kerana saya hanya dapat mendengar dan melihat didepan mata saja, tanpa kuasa tak boleh suara. Harapkan ahli Parlimen pun tak jadi apa, asyik berkekah kepada perkara yang tidak menguntungkan Negara, Agama dan Bangsa.

No comments: