Monday, July 12, 2010

Berkuasa- tolonglah orang.

YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia

Banyak perkara yang akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bagi menterjemahkan slogan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' sesunggunya semua rakyat Malaysia sedang menunggu untuk menikmati hasil dari dasar Kerajaan yang akan mengutamakan kepentingan rakyat jelata.

Rata-rata usul dipersidangan Perwakilan UMNO Bahagian menyokong penuh kepimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib dan berikrar akan berkerja keras bagi memenangkan semua kerusi dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Semua pemimpin UMNO turun ke bawah bagi merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Majlis Tertinggi, topiknya mahu melihat UMNO akan terus memerintah negara disamping memberi ingatan kepada ahli-ahli tentang bahayanya sekiranya diperingkat akar umbi tidak ada kesetiaan kepada parti.

Pemimpin memberi ingatan kepada ahli-ahli supaya berjuang untuk bangsa, ugama dan tanahair jangan berjuang untuk kepentingan diri, berjuang dengan semangat yang tinggi, letakkan kepentingan parti lebih utama daripada kepentingan diri.

Ahli-ahli juga diingatkan supaya mengenang jasa parti UMNO kerana kata mereka kerana UMNO lah rakyat dapat hidup aman damai pada hari ini, dapat pendidikan yang baik, dapat rawatan kesihatan dan berbagai-bagai kemudahan untuk rakyat. Tapi malangnya keputusan pilihanraya umum ke 12, ramai rakyat tidak berpihak kepada BN.

Kenapa berlaku demikian, salah satu jawapan yang saya temui ialah kerana orang yang ada kuasa tidak mengunakan kuasanya bagi membendung gejala yang tidak sihat yang memutarkan fikiran rakyat, membiarkan isu-isu yang boleh mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan dan terus menerus membuat fitnah kepada pemimpin negara.

Sikap tunggu dan lihat untuk mengambil tindakan terhadap isu-isu yang boleh mengacam keselamatan negara akan memburukkan lagi suasana yang mana rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan kepada kerajaan. Taraf ekonomi rakyat menjunam jatuh yang mana kehidupan mulai dirasai tersempit. Gaji naik, gula juga naik, minyak masak pun naik, sayur-sayuran pun naik dan dalam masa yang sama kerajaan bercakap untuk menghapuskan subsidi, tambah lagi kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Oleh itu sudah sampai masanya, orang yang mempunyai kuasa mengunakan kuasanya untuk menyekat perkara yang boleh meresahkan rakyat dari terus berlaku dan orang yang ada kuasa juga mestilah menolong orang yang minta tolong untuk mengatasi masaalah mereka. Rakyat kalau tidak minta tolong dengan pemimpin kerajaan yang berkuasa dengan siapa lagi harus minta pertolongan.

Jangan nanti kerana kerajaan kedekut untuk menolong rakyat yang perlukan pertolongan dalam pilihanraya umum nanti rakyat akan mengubah selera. Buat apa ada kuasa tapi tidak mambantu ahli UMNO yang berjasa kepada parti untuk mendapat pertolongan.

1 comment:

Pandangan Orang Kampung said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara bahawa kerajaan (yang ada kuasa) kena tolong rakyat yang memerlukan pertolongan.

Jangan banyak menyusahkan rakyat yang memang sudah susah dengan pelbagai tekanan hidup.

Kuasa yang ada adalah pemberian rakyat dengan hanya sebatang pensil sahaja.