Thursday, July 29, 2010

Kongsi Gelap dikesan rekrut Warga Asing?


Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah selesai mengumpul maklumat berhubung dengan Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin dan kini dalam peringkat menilai rekomendasi dan inisiatif. Makmal isu tersebut telah ditutup dan akan diserahkan isinya kepada Jawatankuasa Kabinet Boroh Asing yang dipengerusikan oleh YAB. Tan Sri Muhyidden Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Saya mengikuti perkembangan ini dari hari ke hari dan detik perdetik bagi mengetahui apakah kesannya nanti akan memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia atau Negara akan terus dilanda masaalah Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) secara berterusan.

Ketirisan yang dibuat oleh Menteri KDN sebelum dari Dato' Sri Hishamuddin Husein akan dapat ditutup atau akan terus dirobek oleh mereka yang berkuasa membuat dasar dan penguatkuasaan yang kurang berkesan kerana adanya birokrasi.

Tidak mudah sebenarnya untuk menanggangi masalah yang berlaku diseluruh dunia ini, tapi adalah layak diberi 'tahniah' kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana terus berusaha untuk membendung gejala yang boleh menjejaskan kesetabilan negara. Usaha berterusan oleh KDN yang dikepalai oleh Dato' Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha KDN dengan dibantu oleh YM Dato' Raja Azhar, Timbalan KSU dan para pegawai kanan KDN yang bijaksana seharusnya dipuji dan disokong.

Tidak berjaya bukan bererti prestasi KDN tidak baik, tapi tidak berjaya akan menyebabkan negara dilambaki oleh orang asing haram yang boleh mencetuskan suasana yang tidak baik dalam negara.

Sebagai contoh, apa yang disuarakan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang iaitu Datuk Ayub Yaakob yang mana kini dapat dikesan Kongsi Gelap telah mengunakan rakyat warga asing menjalankan kegiatan haram seperti membuka kedai atau warung yang tidak berlesan dan menjual DVD, VCD, CD haram ditempat-tempat terbuka.

Dari sumber lain pula, ada warga asing yang ditangkap kerana kesalahan Imigresan yang dihantar kepusat-pusat tahanan terlepas atau dilepas dan bebas berseronak dengan rakyat biasa dibandar-bandar dengan terus menjalankan kegiatan haram.

Dan adakah betul terdapat segelintir penguatkuasa apabila menangkap pendatang tanpa izin yang tidak ada dekuman perjalanan sah tidak didakwa tapi dilepas bebas setelah ada perundingan. Isu ini bukan untuk menuduh tapi dilontarkan kerana ada dengar percakapan dari orangramai dan kadang kala ada juga dilihat didepan mata.

Yang saya masih terkilan, kenapa dasar yang dibuat di KDN berhubung dengan Boroh Asing selalu bertukar-tukar seperti dasar itu dibuat kerana kehendak selera menteri pada waktu itu.

Sebagai contoh, pekerja dari negara yang tidak Islam dibenarkan terus datang untuk bekerja di negara ini tapi rakyat dari negara ISLAM seperti warganegara Bangladesh yang miskin kini dilarang untuk datang bekerja di negara ini. Sehingga kini saya belum mendapat jawapan yang menasabah dan boleh diteriam tentang pembekuan pengambilan pekerja dari Bangladesh.

Kerana mengikut perangkaan, tidak ramai warganegara Bangladesh ditangkap dan dihukum kerana kesalahan jenayah kalau hendak dibanding dengan negara lain. Apa yang disuarakan oleh Ketua Polis Pulau Pinang mereka dari negara Indonesia dan Myanmar direkrut oleh Geng Kongsi Gelap untuk melakukan perbuatan haram.

Dan adakah benar kemasukan pendatang tanpa izin melalui pintu-pintu disempadan teramat mudah, bahkan tiap-tiap hari negara kita dibolosi oleh mereka yang masuk secara haram. Mereka datang secara haram tapi apabila berada di negara ini Kerajaan akan memberi kelonggaran dengan mengadakan sistem pemutihan yang membolehkan mereka tinggal disini tidak secara haram lagi.

Perniagaan Boroh Asing tentunya mendapat pendapatan yang lumayan kepada mereka yang berniagaan menjual kertas kelulusan saja, tapi menjadi keperitan kepada syarikat yang mematuhi peraturan yang dikenakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terutamanya syarikat Out Sourcing.

Apakah benar pihak KDN akan memberhentikan perniagaan Out Sourcing. Sekiranya betul itu bererti KDN mengambil keputusan yang silap, menutup rezeki kepada syarikat yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi dasar kerajaan, dan pekerja syarikat serta tuan yang ampunya syarikat akan hilang mata pencari dan rezeki serta kembali kepada watak seorang penganggur.

Menteri, KSU,TKSU,KP,SUB,KPSU dan lain-lain pegawai dah ada gaji dan rezeki, bagaimana dengan nasib pemilik dan pekerja di syariukat Out Sourcing apabila mereka terpaksa menutup perniagaan kerana dasar kerajaan yang sering berubah.

No comments: