Wednesday, December 1, 2010

Kecurangan dalam UMNO.

mangsa keganasan
UMNO tangguh persidangan Agong sehingga akhirnya bulan September 2012. Pilihanraya umum ke 13 edahnya sehingga pertengahan tahun 2013, masih berbaki 25bulan lebih yang wajib Suruhanjaya Pilihanraya akan mengadakan pilihanraya umum.

Tentu ada asas yang kukuh mengapa UMNO tangguhkan pemilihan dalam partinya, yang jelas UMNO mahu mengelak partinya terus punah sekiranya berlaku pertandingan diperingkat Cawangan ataupun Bahagian. Baru-baru ini parti KEADILAN rakyat dilihat seperti sudah hancur akibat ada pemilihan dan pertandingan, tentunya UMNO tidak mahu partinya terjadi demikian.

Sekiranya Dato' Sri Mohd Najib tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan membiarkan berlaku pertandingan dan pemilihan sudah pasti perangai huduh akan terserlah dan agaknya akan terjadi perkara yang lebih buruk lagi. Itulah salah satu sebab mengapa pemilihan dalam UMNO ditangguhkan. Ertinya UMNO tidak berani menghadapi kenyataan.

Diwaktu 'roh' semangat perjuangan dikalangan ahli-ahli UMNO semakin pudar adalah betul UMNO menangguhkan persidangannya selama 18 bulan dan adalah dijangka piliharaya umum ke 13 nanti akan diadakan dalam waktu tersebut. Ini meletakkan semua parti politik bersiap sedia untuk memenangi piliharaya nanti. UMNO dan BN akan mempertahankan PUTRAJAYA hingga kesaat-saat akhir manakala PKR,PAS,DAP dan Pakatan Rakyat akan berusaha sedaya upaya bagi menduduki PUTRAJAYA.

Yang pastinya rakyat sedang menanti kemunculan lambang baru logo BN sepertimana yang di war-warkan oleh Setiausaha Agong BN Tengku Adnan Mansor, bagaimana bentuk dan rupa logo tersebut dan adakah Pakatan Rakyat akan mengunakan hanya satu lambang saja dalam piliharaya nanti seperti BN. Selain menunggu hasil Konvensyen BN yang akan berlangsung pada 5hb. Disember 2010 nanti.

Kerja UMNO dan BN amat berat bagi mempertahankan Kerajaan BN nanti kerana banyak terdapat kecurangan dan ketirisan dalam pentadbirannya, manakala kerja Pakatan Rakyat cukup senang kerana rakyat telah bertekad untuk melihat pembentukan sebuah Kerajaan yang baru setelah 50tahun menagih pembelaan daripada Kerajaan sekarang yang belum kesampaian.

Rakyat mahu melihat ada perubahan dalam kabinet, mahu melihat ada menteri yang digugurkan kerana tidak mencapai KPI dan NKRA tapi Dato' Sri Najib masih memekakkan telinga, ahli-ahli UMNO mahu melihat ada perubahan dalam parti sepertimana yang dijanjikan 2 tahun lalu semasa mula-mula jadi Presiden parti tapi kemelut dalam UMNO masih juga seperti dulu.

Lalu ahli-ahli UMNO menunggu dimasa pilihanrayalah untuk mengajar mereka-mereka itu kerana amalan sayang bertompok oleh pemimpin dan pembesar negara seperti apa yang berlaku sekarang ini sudah tidak dapat diterima oleh ahli-ahlinya. Bangunan Warisan 100 tingkat tidak menjamin kemenagan BN tapi pembangunan sungai besi akan meruntuhkan kerajaan BN.

Mana beras free untuk rakyat seperti yang dijanjikan oleh Noh Omar dan harga petrol semakin naik, Takaful Merdeka untuk orang yang sudah mati mengakibatkan Ketua-Ketua Cawangan UMNO di Kelantan sedang menanggong hutang dan membebankan. Apa dah nak jadi dengan UMNO ni.



No comments: