Friday, November 12, 2010

e-mail yang diterima

WARKAH UNTUK TOK PA

Siri 1

Tok Pa kena tahu bahawa dia sudah tidak mampu lagi membawa kemenangan kepada UMNO untuk merampas Kelantan dari tangan PAS. Tok Pa mungkin hanya boleh menambah beberapa kerusi Parlimen atau beberapa kerusi DUN tapi jauh lagi dari mengembalikan kegemilangan UMNO di Kelantan seperti dulu. Keupayaan Tok Pa di ragui oleh orang UMNO sendiri dengan sikap penakut dan acuh tak acuh beliau dan ditambah dengan kecelaruan dalaman yang tidak ditangani oleh Tok Pa setelah sekian lama.

PRK Galas menunjukkan Tg Razaleigh masih `bisa’ dan dihormati oleh seluruh rakyat Kelantan terutama di Gua Musang. Tok Pa kena sedar bahawa beliau hanya seorang `budak baik yang rajin bekerja’ tetapi bukan sebagai `leader’ dalam ertikata yang sebenarnya. UMNO Kelantan kini memerlukan pemimpin, bukan pentadbir. Banyak beza nya antara `pemimpin’ dan `pentadbir’. Kualiti pemimpin perlu ada karisma dan aura yang dihormati rakyat dan digeruni lawan. Tok Pa dan Dato Awang adalah teknokrat yang dibawa kedalam saf kepimpinan politik bagi mengurustadbir negeri dan negara. Dalam trauma kekalahan yang memanjang UMNO di Kelantan, sehingga sekarang masih tidak ada lagi aura nak menang dari UMNO Kelantan menghadapi PRU 13 nanti. Aura nak kalah ada merata-rata diseluruh pelusok negeri dengan permasalahan yang tidak kunjung difahami dan tidak cuba diatasi secara bersungguh-sungguh.

Rakyat Kelantan sebenarnya perlukan `pemimpin’ yang jantan setelah sekian lama pemimpin UMNO Kelantan `berkokok berderai-derai ,tapi ekor penuh tahi’. Banyak pemimpin yang lupa diri dan hanyut dalam perebutan harta kekayaan diri. Jaguh tersohor diluar tapi dikampung `gadai pun tak laku’. Masaalah sombong, berlagak pandai , menunjuk-nunjuk harta kekayaan dan masalah prilaku dan nilai moral yang baik masih membelenggu sebahagian besar dari pemimpin UMNO terutama di Bahagian-Bahagian. Ramai dari Ketua-ketua Bahagian yang menang nya dulu hanya dengan kuasa wang kini menyerlahkan lagi kedunguan mereka dikhalayak ramai dan masih tidak sedar-sedar lagi diri mereka ditilek oleh rakyat setiap masa.

Hanya beberapa kerat sahaja lagi pemimpin UMNO Kelantan yang masih tinggal untuk di adudomba dengan PAS dalam PRU13 nanti. Nama besar seantero negara hanya lah Tg Razaleigh yang dilihat layak memimpin UMNO Kelantan buat masa ini.Dihormati rakyat dan digeruni lawan. Nama-nama lain yang ada kaliber kepimpinan adalah seperti TS Annuar Musa dan Dato’ Ibrahim Ali sahaja. Dalam keadaan sekarang TS Annuar Musa, sungguhpun ada kualiti pemimpin tetapi diselubungi sedikit sebanyak isu moral,egoistik dan kronisma.Memang layak lah beliau menerokai bidang baru yang lebih berbaloi dengan menerjunkan diri dalam arena Bolasepak. Setidak-tidak nya beliau timbul sebagai Timbalan Presiden FAM dan membawa balik Piala Malaysia ke Kelantan.Satu `tabik spring’ boleh diberikan kepada TS Annuar diatas keupayaan nya.

Dato Ibrahim Ali pula sudah `cula’ dengan UMNO dan kini dilihat lebih sesuai dengan PERKASA nya. Beliau sudah tercemar oleh sejarah politik lampau tetapi bakat kepimpinan nya menyerlah dalam apa jua bidang yang diceburi nya.

Tokoh-tokoh lain juga ada `senga’ dan wibawa masing-masing ditempat dan bidang tertentu tetapi belum cukup `haul’ untuk di gelar `pemimpin’ Kelantan termasuk Tok Pa sendiri. Macamana Tok Pa nak memimpin, dia sendiri takut dan gerun dengan Ketua-ketua Bahagian yang muda-muda keluaran KJ Enteprise. Sekali imbas Tok Pa nampaknya `berkenan sangat’ kalau hanya dia seorang sahaja yang menang kerusi Parlimen di Kelantan , agar senang DSN lantik dia sebagai Menteri Penuh tanpa sebarang pertandingan. Tg Razaleigh yang rekodnya tak pernah kalah bertanding dan paling lama sebagai ahli parlimen, memang `digeruni’ untuk dilantik kejawatan penting takut-takut silap haribulan di sanggahnya nanti. Bijak juga hisab politik Tok Pa kerana tidak nampak sangat dia berkehendak kepada jawatan menteri tetapi bahagian-bahagiaan lain dibiarkan dengan noda dan kemelut dalaman yang tak kunjung padam.

Mengimbas kembali PRK Galas baru-baru ini ,factor `batang tubuh’ Tg Razaleigh sahaja sudah menyumbangkan 50% dari kemenangan UMNO. 50% lagi sumbangan adalah dari gabungan kekuatan operasi jentera kempen UMNO baik diperingkat negeri maupun pusat dan jasabaik negeri-negeri angkat. Bahagian-bahagian angkat Kelantan banyak yang tak buat kerja walaupun Perhubungan UMNO Kelantan memberikan alokasi sebagai Bahagian angkat. Ramainya yang datang memenuhi kedai-kedai kopi di Bandar Gua Musang dan sebelum balik , menjalani sessi `tunjuk muka’ kepada Tok Pa dan Tg Razaleigh bahawa mereka ada dan bekerja kepada UMNO. Sesetengah Ketua Bahagian sampai sudah PRK, tak nampak batang hidung di Peti Undi yang dijaga.

Calun Tg Razaleigh yang tidak kontraversial juga memberi sumbangan besar dalam memudahkan kerja-kerja kempen UMNO. Disamping itu sebagaimana biasa, UMNO sentiasa kukuh dari segi kewangan dalam mana-mana PRK jika dibandingkan dengan pembangkang. PRK Manek Urai dulu pun bukan nya UMNO kurang belanja, cuma ada ketirisan di tengah jalan. Wang sampai tapi tak mengalir, kerana wang pilihanraya tak sampai kepada pengundi sebenar dibeberapa peti undi. Mungkin agaknya tersangkut dimana-mana atau dalam simpanan `orang-orang besar’ tertentu dalam jentera pilihanraya Tok Pa sendiri.

PRK Galas, kita juga perlu ingat bahawa PAS ada kaedah dan tatacara tersendiri menjaga airmuka Tg.Razaleigh. Dengan meletakkan calun yang jenis ` 3 Selinder’ iaitu Dr Zulkifli dan tidak Ustaz Lah, ianya ternyata lebih menyenangkan kempen UMNO untuk menang.Gerakkerja kempen Pas tidak nampak sangat untuk nak menang di Galas baru-baru ini. Seandainya Pas meletakkan Ustaz Lah sebagai calun dan membawa YTM Al Sultan Kelantan yang dilihat pro PAS ke Galas , nahas juga UMNO dan Tg. Razaleigh. Apa pun Pas memang pandai dalam ilmu siasah politik mereka diGalas untuk masa depan yang lebih cerah. Wallahuaklam bissawab.

2 comments:

Sam PPuteh said...

Salam Bro
Sangat setuju dan mempunyai pandangan yag sama dgn tuan. umno Kelantan memerlukan pemimpin yang gagah perkasa, tahan diuji dan memepunyai kredibiliti yang tinggi. Gaya bersih saja tidak cukup untuk menghadapi sepak terajang Pas di Kelantan ini.

Sepanjang saya berada di Galas, faktor utama kemenangan BN adalah batang tubuh Kuli. Tapi biasa lah, Kuli mana dapat kredit lebih, dapat ala kadar pun oke laa... Masing2 takut nanti lain pulok jadinya...

Kubu kuat Pas adalah di Kelantan, justru itu bagi menggempur dan mengharu-birukan Pas disini, perlukan pemimpin yg matang yg bukan saja dihormati oleh kawan tetapi jugak lawan. Orang itu adalah Kuli. To Pa dan Calon MB PRU12 itu pun tidak layak utk pimpin umno Kelantan sebab macamana nak jadi pemimpin besar kalau tersungkur dilaman sendiri.

Ketua2 Bahagian akan memberikan sokongan seandainya Kuli dilantik jadi pemimpin, kerana ada yang masih berhinggus lagi masa Kuli jadi pemimpin. Peluang umno nak merampas Kelantan dari Pas masih cerah lagi seandainya usaha dilakukan dari sekarang lagi.. Kepimpinan sekarang?.... Hahaha masing-masing sibuk menjaga diri sendiri, tidak nampak secara jelas strategi utk menawan Kelantan.

Marilah bersama-sama utk minta DS Najib mempertimbangkan Kuli jadi Pengerusi Perhubungan umno Kelantan. Saya tidak ada kepentingan jauh sekali memegang jawatan penting, tetapi saya adalah penyokong umno yang ingin melihat umno kembali perintah Kelantan.

Cuba tanya, berapa orang pemimpin umno Kelantan yg tidak pernah tewas dalam PRU. Kalau pernah tewas di kawasan sendiri macamana nak jadi pemimpin. fikir-fikirkan . Salam

newkk said...

Sam PPuteh,
UMNO perlu direhatkan dulu, supaya mereka sedar dan terkejut apabila rakyat yg sentiasa memberi sokongan pada BN mulai beralih arah, PRU 13 masa yang sesuai untuk membuka otak para pemimpin UMNO

Cuna Try Test PR pula.