Thursday, November 4, 2010

PRU13, PUTRAJAYA milik siapa?

Hari ini rakyat di DUN Galas yang ada nama dalam buku daftar mengundi telah keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka didalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tak kiri siapa yang menang, wakil rakyat yang dipilih nanti mempunyai tanggongjawab dan amanah untuk membela rakyat dikawasan tersebut supaya terus dapat menikmati suasana yang harmoni dan aman.

Mereka yang hadir dari luar DUN Galas sebagai jentera tambahan dari parti UMNO/BN ataupun PAS akan meninggalkan Galas setelah pengumuman dibuat pada malam ini, yang tinggal adalah rakyat tempatan akan meneruskan kehidupan sehari-harian dan akan menunggu mengundi sekali lagi apabila adanya pilihanraya umum ke 13 nanti.

Tinjauan saya di Kelantan, kebanyakan rakyat tidak kisah sangat dengan keputusan pilihanraya kecil di DUN Galas ini, Siapa saja yang menang tak menjejaskan sokongan fanatik parti kepada parti mereka. Tapi lain pula dengan mereka yang bukan fanatik, mereka melihat jauh kedepan terutamanya menanti pengumuman yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Piliharaya bilakah akan berlangsung pilihanraya umum ke 13.

Kepada penyokong pro PAS mereka mahu melihat Kerajaan PAS yang dipimpin oleh YAB Tok Guru Nik Aziz akan terus kekal memerintah Kelantan manakala penyokong pro UMNO mahu melihat PAS tumbang dan diganti dengan Kerajaan BN.

Sehingga kini, walau apapun berlaku di DUN Galas, yang menang adalah rakyat Galas, mereka telah mendapat apa yang mereka tidak minta terutamanya orang-orang Asli. Inilah rezeki yang mereka dapat dari 'kematian seorang wakil rakyat' dan tentunya lepas daripada ini tidak akan ada lagi basikal baru untuk diberi percuma kepada orang Asli dengan angka yang banyak seperti apa yang berlaku kini.

Dalam piliharaya umum ke 13 nanti adalah dijangka beberapa kerusi DUN yang dimilkiki PAS akan jatuh, begitu juga dengan kerusi Parlimen. Ini dapat dirasakan apabila ada kawasan-kawasan yang mejoriti yang didapati oleh Pakatan Rakyat adalah tipis. Tapi bukan mudah kerjanya untuk membuat rakyat Kelantan memberi kemenangan kepada BN/UMNO.

Ini kerana sistem dan perangai pemimpin UMNO yang tidak peka kepada ahli-ahlinya sendiri boleh mengakibatkan undi tidak berpihak kepada lambang dacing (BN). Ego dan kemalasan pemimpin UMNO untuk memberi kerjasama kepada ahli ahli UMNO dalam menumpukan gerak kerja supaya UMNO/BN menang dibuat tidak kisah oleh pemimpin maka ahli-ahli akan merasa muak dan malas untuk bekerja kepada parti.

Sedangkan pemimpin PAS setiap detik dengan rajin turun menyelami hati dan perasaan rakyat bagi memberi bantuan dan cepat menyelesaikan masaalah rakyat yang menyebabkan ahli-hali UMNO pun kelu untuk mengatakan pemimpin PAS tidak baik dan tidak menjalankan tanggongjawab dan amanah.

Sebab itulah ada kerusi DUN dan Parlimen yang dimiliki oleh Pakatan rakyat yang rapuh di Kelantan, walaupun peluang ada pada BN tapi tidak dapat ditawan kerana pemimpin UMNO 'Sombong dan Angkuh' setelah mereka itu berkuasa dan hidup mewah.

Buat apa lagi bersama UMNO setelah kita melihat hanya ahli-ahli saja yang hendak kemenangan tapi gelagak pemimpin UMNO lebih mementingkan sakunya daripada kesungguhan untuk melihat UMNO menang dalam pilihanraya umum.

Mampukah Dato' Sri Najib pertahankan PUTRAJAYA sedangkan gelombang rakyat yang benci kepada sikap pemimpin UMNO setiap hari sedang membara kemarahan. Percayalah ramai dihati ahli UMNO terluka dan dilukakan oleh pemimpin mereka.


2 comments:

aimansafiya said...

Salam .. ni kenyataan macam org frust tak dapat habuan,nii
jangan ditanya apa korang dapat bila memperjuangkan UMNO TAPI tanya lah diri sendiri apa yang UMNO telah buat sehingga korang dapat hidup aman damai dan emwah tak macam di negra2 lain..mengkalu dah tak suka duduk kat Malaysia .. dipersilakan ....

newkk said...

aimansafiya. kenapa engkau bodoh sangat nii. malu malaysia ada orang macam kau otak letak dikepala lutut.