Sunday, September 6, 2009

Ujian sebenar kepada UMNO.

Pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bagan Pinang, PD, Negeri Sembilan ekoran kematian mengejut Allahyarham Azman Mohd.Noor. Kalau tak silap pilihanraya kecil ini adalah yang ke 10 selepas pilihanraya umum ke 12. Tumpuannya nanti adakah BN boleh mengekalkan kerusi tersebut atau mengalami kekalahan seperti di Trengganu dulu.

Adalah terlalu awal untuk membuat andaian kerana kalau mengikut hukum politik bermacam-macam perkara boleh berlaku sebelum hari mengundi dijalankan. Yang pastinya BN akan bekerja kuat untuk terus mengekalkan kemenangan di DUN ini dan tentunya akan berusaha bagi meningkatkan mejoriti. Sekiranya BN kalah, malu besarlah para pemimpin UMNO kerana mejoriti sebanyak 2000 lebih itu adalah seperti telah beroleh kemenagan dan berpihak kepada BN.

Di DUN ini sebanyak 30% pengundi adalah dikuasai oleh bukan melayu, iaitu Cina dan India, mampunkah MCA dan MIC mempengaruhi pengundi keterunan masing-masing memberi undi kepada calun melayu BN kerana kedua parti tersebut MCA dan MIC sekarang ini berada dalam suasana yang berkecamuk dan krisis kepimpinan dan sekiranya MCA dan MIC tidak berpihak kepada UMNO kemungkinan BN akan kalah tidak mustahil.

Faktor dalaman UMNO juga boleh mempengaruhi kekalahan kepada BN, sekiranya perebutan untuk menjadi calun berlaku dan ini juga tidak boleh dipandang remeh kerana tradisinya kerusi ini dimenangi oleh UMNO, maka melilihlah air liur para pemimpin UMNO dalam Bahagian ini untuk mengidam menjadi calun kerana wap kemenangan sedang menanti disini untuk dinobatkan sesiapa saja yang menjadi calun BN akan bergelar Yang Berhormat.

Inilah sebenarnya ujian terbesar kepada BN, apakah di DUN yang menang mejoriti yang besar dapat dikekalkan atau rakyat di kawasan ini akan menolak BN dan berpihak kepada pembangkang dengan sendirinya memberi signal tentang masa depan UMNO dan BN keseluruhannya dan kesan kepada pilihnaraya ke 13 nanti.

Satu Malaysia, Perpaduan dan Muhibbah adalah slogan untuk mempertahankan kerajaan yang ada hari ini, slogan untuk menentukan negara berada dalam keadaan aman dan rakyat dapat hidup bersatu. Menjadikan negara maju tanpa rakyat miskin, rakyat diutamakan dan corok pembangunan negara yang lebih berdaya maju dan moden. Apakah semua itu akan dapat dikekalkan dan rakyat fahamkah apa yang tersirat bagi menjamin kestabilan negara.

Dan apabila rakyat faham, apakah para pemimpin akan terus mengambil kesempatan dengan slogan-slogan indah tapi terus menambah kekayaan melalui kuasa yang diamanahkan, sehingga janji sering tidak ditepati dan terus menolak untuk bertemu rakyat yang ingin memohon bantuan dan pertolongan. Sebelum jadi orang yang berkuasa senang dijumpai dan apabila berkuasa seribu alasan diberi untuk menjauhkan diri.

Pemimpin apakah jenis ini?.

1 comment:

zeme said...

Salam Tuan,

Sebenarnya terlalu banyak ujian buat UMNO yang mana UMNO sendiri tidak mengambil iktibar dan sempadan serta tauladan ke atas peristiwa-peristiwa tersebut.

Ujian paling kuat semasa pengharaman UMNO pada 1988 berpunca krisis dalaman dari ahli-ahli perwakilan UMNO sendiri. Kesannya lihat sahaja bagaimana UMNO khasnya dan BN amnya tumbang di Kelantan pada PRU 1990 kepada gabungan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) yang diketuai oleh PAS, Semangat 46, BERJASA dan HAMIM.

Kesannya sampai kini BN gagal menawan Kelantan kembali dan sekiranya krisis UMNO berterusan dan ahli-ahli UMNO tidak mahu berubah ke arah kebaikan parti bukan saja Kelantan gagal ditawan tetapi tidak mustahil Malaysia akan terlepas tangan pemerintahan.

Wasalam.

http://zarulzeme.blogspot.com