Wednesday, July 14, 2010

Mahu dipujuk atau terus merajuk?

Sdr Rahime Yusof

Ramai ahli fikir daripada ahli UMNO Ketereh telah menyepikan diri, sama ada secara kebetulan ataupun kecewa tidak saya hendak mempersoalkan, yang ingin saya ketengahkan kemanakah mereka itu yang dulunya menjadi diantara orang kuat UMNO Ketereh.

Saya tidak mahu ulas mengapa mereka menghilangkan diri, atau pun menyepikan diri, tapi mahu kongsi pengalaman kenapa perkara begitu terjadi. Saya juga mungkin akan menyepi dan menghilangkan diri dalam arena politik Ketereh sekiranya tidak cukup kuat ketahanan diri untuk terus berjuang.

Politik cantas yang diibaratkan oleh Ustaz Mat Harun dalam ucapannya pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh baru-baru ini, benar ada ataupun hanya sebagai andaian belum terjawab lagi kerena tidak ada dikalangan Jawatankuasa UMNO Bahagian sama ada Naib Ketua, Timbalan Ketua dan Ketua Bahagian menjawab teguran Ustaz Mat Harun itu.

Sebenarnya ada ramai anak-anak Ketereh yang berpelajaran tinggi berminat untuk menyertai politik UMNO Ketereh tapi hasratnya tidak kesampaian. Kenapa?

1. Kerena mereka mahu berpolitik secara bermusim

2. Tangan tak sampai ke cawangan (istilah Dato' Haji Alwi)

3. Barangkali ada niat yang tersirat.

Tapi lain pula yang tidak berpelajaran tinggi yang tangannya selalu sampai ke peingkat akar umbi dan 'belaga angin' dengan semua ahli parti dan penyokong parti tapi terus dihalang dengan menghalalkan cara untuk tidak memberi tempat yang sesuai bagi mereka itu boleh terus memberi khidmat kepada rakyat dan parti.

Sindrom takut dikalangan pemimpin UMNO Bahagian Ketereh telah menghalang sesiapa saja yang nampak berpontasi dari terus berperanan menyatukan rakyat untuk memberi sokongan yang kuat kepada UMNO dan Kerajaan. Alasan yang teramat bodoh sekiranya ada dikalangan pemimpin UMNO Bahagian mengatakan sekiranya mahu khidmat kepada parti tak ada jawatan pun boleh berkhidmat. Jawapannya' ya' sekiranya orang itu gila otak.

Diantara nama-nama yang hilang dari terus memberi khidmat kepada UMNO Bahagian Ketereh ialah Sdr Rahime Yusof, Bekas Pegawai Akhbar Tan Sri Anuar Musa semasa beliau jadi Menteri dan Sdr Suhaidi Yusof bekas Bendahari UMNO Bahagian Ketereh. Apakah mereka ini akan muncul setelah Tan Sri Anuar Musa akan menjadi calun dalam pilihanraya ke 13 nanti?. Kalau ikut sejarah jawabnya 'yes'.

1 comment:

Putra 7 Gunung said...

barangkali cukup untuk sekadar keluar megnundi...yang lain kerja tu biarlah orang-orang berjayatan dalam parti melakukan..jangan biarkan jadi seperti ketua cawangan Padang lepai...dan beberapa tenaga pengerak pemuda akhirnya menyertai Pas...dulu ketua Umno cawangan itu juga merajuk dan tinggalkan Umno ...barangkali akan jadi lebih ramai lagi ...jika kita memimpin hanya dengan syok sendiri...musim pilihanraya saja yang turun jumpa rakyat...jgn ingat pilihanraya umum ke-13 akan jadi menang pula jika 'terus main' mcm skrg...rakyat mungkin ramai yang muak dan juak...