Monday, August 30, 2010

Dua Kali Lima ?

jadi tumpuan pemimpin

Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang telah masuk surau bagi menyampaikan sumbangan, kecoh pemimpin UMNO dan mempertikaikan Jawatankuasa Surau tersebut kenapa membenarkan Teo memasuki surau dan memberi ucapan.

Yang peliknya, Teo masuk surau, Tok Guru Nik Aziz yang dikecam, Kenyataan Bekas Mufti Perlis Dato' Asri dipertikaikan dan macam-macam lagi pihak yang dilibatkan supaya kegiatan menyampaikan bantuan kepada surau, yang dilakukan oleh Teo dapat dihalang.

Apa motifnya, semua orang tahu, bukan sebenarnya hendak mempertahankan maruah Islam di negara malaysia ini, kalau nak mempertahankan maruah Islam sudah lama, kedai-kedai TOTO, MAGNAM dan kedai kedai jual arak ditutup. Club lumba Kuda di Sungai Besi juga ditutup. Motifnya kerana UMNO dah habis modal.

Kalau tak habis modal, bagaimana seorang menteri pergi ke ketik Siam dan menyampaikan sendiri sijil taraf kerakyatan kepada penduduk siam yang berugama buddha, kenapa tidak dibuat mengikut amalam biasa. Kalau dengan orang UMNO, usahkan nak datang bawa surat jawapan, jawab surat pun tidak.

Berbalik kepada Isu Teo masuk surau yang jadi kencaman oleh sesetengah pihak yang belum tentu pengajian ugama Islamnya betul, ingin saya bertanya, Apakah umat Islam di malaysia tidak akan merasa bangga dengan jawatankuasa surau tersebut sekiranya satu hari nanti Teo memeluk ugama Islam kerana dapat hidayat apabila telah menjejak kaki ditempat suci itu.

Oleh itu gerak geri manusia jangan cepat dipertikaikan sekiranya tidak datang kemudaratan kepada Agama dan Negara, kalau kita tidak melakukannya jangan menghalang orang lain ntuk melakukannya untuk kesehajteraan umat. Tugas pemimpin UMNO adalah untuk memperkuatkan parti dan meningkatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN.

Jaga ahli-ahli parti jangan lari, jangan menghina ahli parti dengan tidak melayan untuk mendapat sokongan, jangan menghalang ahli parti untuk memberi khidmat melalui proses demokerasi. jangan biarkan kekalahan UMNO dalam piliharaya umum ke 12 lalu terus berulang,bahkan akan terus merosot. Malu kita UMNO nanti.

Oleh itu cukuplah bercakap pasal Teo masuk surau, yang perlu dibuat sekarang oleh UMNO dan BN mesti masuk semua tempat dibandar ataupun didesa, lihat masaalah rakyat dan selesaikan dengan cepat, bersihkan pemimpin yang korup, layan ahli UMNO secara adil, tolong orang yang memerlukan pertolongan, jangan pilih kasih, berilah kelulusan permohonan yang tidak menyalahi undang-undang, jangan kedekut.

Insya Allah UMNO sentiasa dihati rakyat, tapi sekiranya menteri UMNO masih merasa dialah segala-galanya yang mempunyai kemewahan, kekayaan dan berkuasa itu akan menjuruskan Kerajaan BN akan hilang kuasa dalam PRU ke 13 nanti.

Bolehkah Ezam Md.Noor jadi menteri?.

No comments: