Thursday, February 10, 2011

mercenary

Kalau kita 'silau' tengok perkembangan politik tanahair kita hari ini, banyak perkara yang lucu yang boleh kita olah, apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN yang mahu meneruskan kuasa selepas PRU ke 13.

Selepas Khir Toyo dituduh rasuah kerana membeli rumah dengan harga yang murah daripada pasaran (tapi harganya juta-jutaan) hari ini ada pula pendakwaan terhadap bekas setiausaha politik menteri UMNO kerana pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit juga.

Semuanya jutaan ringgit, tak main ribu-ribu. Ini menandakan bahawa orang yang ada kuasa dalam jawatan politik terbukti kaya raya, wang tunai berjuta-juta ringgit, kalau dihitung dengan gaji bulanan umur sampai 100 tahun pun belum mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Dari mana sebenarnya wang tersebut didapati.

Inilah salah satu sebab mengapa golongan muda yang boleh mengundi akan menyokong parti pembangkang dalam pilihanraya yang akan datang. Mengikut tinjauan adalah didapati bahawa pengundi mahu melihat banyak pendakwaan akan berlaku sekiranya kerajaan BN hari ini ditukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerana mereka percaya bahawa masih ramai lagi oarng-orang politik dalam kerajaan BN telah melakukan kesalahan tapi tidak didakwa kerana kurang bukti atau masih dibekukan disebabkan masa yang tidak sesuai atau terdiri daripada kroni pemimpin-pemimpin tertentu. Sekiranya kerajaan telah bertukar mereka amat percaya pendakwaan akan tetap dibuat.

Yang mahu melihat orang politik yang mengunakan kuasa dan kedudukan mencari keuntungan yang menyalahi undang-undang ditangkap dan didakwa bukan saja terdiri daripada penyokong parti pembangkang tetapi terdapat banyak juga terdiri daripada mereka yang menyokong UMNO dan BN.

Mereka yang mencuri wang rakyat secara sembunyi dan taktikal harus dihadapkan kemuka pengadilan dan dihukum, untuk itu oleh kerana kerajaan BN hari ini masih belum bertindak dan melengah-lengehkan maka rakyat akan membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada sebuah kerajaan baru yang boleh bertindak bagi menghapuskan gejala rasuah dan 'peranggah' wang rakyat.

Rakyat masih percaya pengumuman yang dibuat oleh Rais Yaitm semasa beliau menjawat jawatan menteri yang bertanggongjawab hal ehwal undang-undang bahawa masih terdapat banyak lagi kes rasuah berprofile tinggi belum didakwa. Rakyat masih menunggu pendakwaan sehinggi kini, tapi belum berlaku.

Bagi memulihkan imej kerajaan BN adalah perlu tindakan diambil bagi mendakwa mereka-mereka yang telah pun disiasat dan terdapat ujud kes 'prima face' yang failnya telah siap disokong oleh pejabat peguam negara untuk didakwa di 'SEGERAKAN' sekarang bagi mengelak kerajaan BN tumbang oleh kerana leka untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang boleh dianggap penjahat kepada rakyat itu.

Sekurang-kurangnya ada pendakwaan dibuat seorang setiap satu negeri.

No comments: