Monday, February 14, 2011

Selamat jalan Anuar Musa.

Peminat bolasepak Kelantan harus berbangga dengan keterampilan Tan Sri Dato' Seri Penglima Anuar Musa dalam memberi khidmat bagi menaikkan nama bolasepak Kelantan dipersada tanahair.

Sudah terbukti sejak Anuar Musa menerajui KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) Dua kejuaraan telah berjaya dibawa pulang ke Kelantan iaitu Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Ini merupakan satu sejarah kepada Negeri dan Rakyat Kelantan.

Tapi disebalik kejayaan Pasukan Bolasepak Kelantan itu ada perkara yang tidak kewajaran berlaku. Kemanakah hilangnya Datuk Jazlan YAMUD yang dulu Presiden KAFA yang telah memberi laluan kepada Anuar Musa mengambil alih teraju kepimpinan KAFA. Kemana hilangnya Datuk Jazlan dalam barisan kepimpinan KAFA sekarang.

Dan bagaimana KAFA melayan orang yang telah memberi sumbang bakti semasa merainkan mambawa pulang piala Malaysia melalui Gua Musang dengan menyediakan kenderaan percuma dan apabila sampai upacara majlis makan malam yang gilang gemilang orang yang memberi sumbangan tersebut dilarang dari menghadiri majlis tersebut.

Itulah kebiasaan terjadi kepada orang yang rapat dengan Anuar Musa. Begitu jugalah yang terjadi dengan penyokong penyokong Anuar Musa dalam polotik yang menyebabkan beliau selalu kalah dalam pilihanraya.

Oleh itu eloklah Anuar Musa disediakan 'CARPET MERAH' untuk beliau meninggalkan gelanggang politik dan menumpukan segala kuderatnya kepada bidang bolasepak tanahair, sepertimana bekas tokoh bolasepak negara Tan Sri Hamzah Abu Samah dan YBM Tengku Ahmad Rithaudden Ismail.

Beliau telah membuktikan kemampuannya setelah berjaya membawa ASTRO mendapat kontrek penanyangan secara langsung semua perlawanan yang melibatkan FAM. Tahniah Anuar Musa kabarnya kontrek tersebut mencecah bayaran bernilai RM30 juta setahun. Kebiasaanya sentuhan Anuar Musa pada peringkat awal amat menjadi dalam apa bidang sekali pun.
Published with Blogger-droid v1.6.5

4 comments:

Apai said...

Salaam..dah xde keje lain ke sedare ni...asyik nk melage2kn orang je. Datuk Jazlan elok je jadi secondman TSAM..almaklum la beliau ni sibuk orangnye..byk hal biznes n politik di Bahagian Machang nk di uruskan..lain la macam sedare yang asyik dok menyalak bukit ke kerjenye..haha..jangan marah haaa..

newkk said...

Apai- Datuk JAZLAN jadi secondman apa sekarang, lu ni ketinggalan zamanlah, Belaiu dah 'out' dalam kepimpinan KAFA.

Bodohlah kita marah kepada orang yang tidak cerdik.

Apai said...

alhamdulillah...akhirnya dapat berinteraksi ngan tuan empunya blog..haha..betul ke dah out?ke tu sekadar anggapan sedare bila tidak lagi melihat batang tubuh Datuk Lan?(sunggoh ni ambo nk th)..apepun trima kasih sekali lagi saudara SS kerana membalas komen sy..hehe..ingatkan blog hantu..hehe..(Senyum Sokmo)

newkk said...

Apai- Presiden KAFA ialah Anuar Musa, Timbalan Presiden Sekarang Affandi (dulu Jazlan). Kira 'out' lah tu.

Kan comel tu apabila bertanya dalam keadaan beradat. Salam didoakan semuga bahagia selalu.