Saturday, February 12, 2011

Berita sedih dan malu.

Saya seperti tidak percaya sekiranya tidak berlaku kepada diri saya. Sudah ramai sahabat handai telah meluahkan perasaan kekecewaan kepada saya berhubung dengan layanan daripada penjawat awam yang dulunya menjadi sahabat karib tapi apabila telah menjadi 'orang besar' semangat persahabatan terus menjadi hambar.

Apakah budaya ini berlaku kepada semua orang. Jawabnya tidak. Ianya berlaku sekiranya seseorang itu menaruh harapan terhadap sahabatnya yang telah berpangkat dan ada kuasa, mahu menagih pertolongan kerana ingin membantu orang yang ada masaalah dan susah, kononnya nak jadi 'robin hood' dizaman moden, tapi tidak cermin diri.

Maksud tidak cermin diri kerana tidak pandai mengukur erti persahabatan, tambahan pula kalau dirinya seorang lelaki yang tidak menarik, lainlah kalau dirinya seorang perempuan yang gedik lagi menarik dan pandai memanjakan diri yang boleh seseorang penjawat awam itu rebah terkangkang. Sahabat kita yang ada kuasa itu akan mengarahkan pembantunya supaya membantu menyelesaikan kehendak perempuan yang baru dikenali itu.

Boleh jadi nasib saya terdiri daripada salah seorang daripada sahabat handai yang telah kecewa kerana mengharapkan sedikit pertolongan. Peristiwa dimana terpaksa berulang alik ke pejabat kerajaan kerana ingin menolong mendapatkan kelulusan selama 4 hari berturut-turut. Apa yang mendukacitakan saya apabila ada pegawai menjatuhkan maruah rakan sejawatannya sendiri.

"Dia tak ada kuasa", awak pergilah urus dikaunter sana, itulah ayat yang dikeluarkan oleh seorang penjawat awam di jabatan kerajaan sambil bergegas meninggalkan saya tercenggeng-cenggeng dikaunter. Inilah hasil daripada kempen 'Budaya Kita' yang diketengahkan oleh Kerajaan.

Jadi terbukti sudah. serapat mana pun kita kenal dengan 'autoriti' sekiranya kita tidak 'somebody' dan bertitle, Tengku, Tan Sri, Dato' atau YB. jangan diharap kepada orang yang dulu kita kenalnya baik tapi apabila lagi besar dan lagi atas pangkatnya, wajah kita tidak terlintas dihatinya untuk membantu. Apakah benar inilah lumrah dunia. Tapi yang saya yakin dan pasti tidak semuanya para sahabat yang berpangkat dan berkuasa lupa kepada sahabat lama walaupun ada sahabat yang baru.

Apa guna ada kuasa tapi tidak mahu membantu, kerana pertolongan yang diminta bukannya boleh memenjarakan diri sebagaimana kesalahan rasuah. Manusia tidak sunyi dari melakukan kesalahan, Tuhan pun ampunkan umatnya.

No comments: