Dua peristiwa penting politik sempat saya ikuti perkembangan dari dekat bagi melihat sendiri kemampuan parti UMNO yang dipimpin oleh Mustapha Mohamed dan Parti KEADILAN yang dipimpin Aziz Kadir menyiapkan gerakan jentera PRU.
PKR adakan kursus dan perjumpaan jentera kanan parti disebuah hotel di Kota Bharu yang dihadiri oleh Sdr Azmi Ali Timbalan Presiden PKR. Sdr Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR dan Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR. Diantara penerangan yang disampaikan agak menarik ialah penjelasan kandungan buku jingga janji Pakatan Rakyat untuk merubahkan pembaziran subsidi oleh kerajaan BN dalam masa 100 hari apabila membentuk kerajaan.
Satu janji yang agak menarik dan lojik apabila cara dan bentuk hujah yang disampaikan setelah diunjurkan dengan fakta dan angka yang menasabah. Mampu atau tidak mampu bukan lagi menjadi ukuran tapi janji sudah ada dan agak menyakinkan. Tapi yang belum pasti mampukah Pakatan Rakyat menang majoriti dalam PRU ke 13 nanti.
Manakala UMNO melancarkan skuad 'Gelombang Merah' di Pejabat UMNO Negeri oleh Mustapha Mohamed bagi menarik dan memastikan 400,000 pengundi muda akan memangkah BN dalam PRU ke 13, juga satu agenda yang menarik dan kalau menjadi kenyataan ianya boleh menumbangkan kerajaan PAS Kelantan.
Jadi atau berkesannya satu satu gerakan sebuah parti politik itu tergantung kepada orang yang mengepalainya, buatlah apa cara sekali pun sekiranya pungundi tidak percaya maka apa nama gerakan yang dilancarkan tidak akan menjadi. Di Kelantan hari ini bukan isu Mustapha Mohamed dan Aziz Kadir tapi asas kekuatan rakyat mempercayai TOK GURU Nik Aziz boleh mengalahkan semua bentuk gerakan yang dilancarkan oleh UMNO.
Apa yang boleh dibuat oleh mana mana parti politik di Kelantan untuk menang dan boleh diterima oleh pengundi muda ialah dengan menyediakan calun yang berwibawa yang dekat dihati rakyat. Bersih. Tidak Rasuah. Tidak 'hagas' ego dan Tidak sombong. Pengundi muda boleh mencorak satu satu kemenangan tapi bukan cara menipu mereka.
Pengundi muda kelantan sokong pasukan bolasepak kelantan Red Worrior' tidak bererti mereka akan sokong 'gelombang merah' walau pun identiti 'merah' menjadi lambang pasukan bolasepak kelantan. Adalah amat berbedza sokong pasukan bolasepak yang dipimpin oleh Anuar Musa dengan sokong skuad 'gelombang merah' yang dipimpin oleh Mustapha Mohamed.
Saya tidak nampak buat apa UMNO menghabiskan belanja wang yang banyak dengan melancarkan berbagai bagai program termasuk yang terbaru iaitu 'gelombang merah' sedangkan sebenarnya Pemimpin UMNO sendiri tidak mahu melihat UMNO menang di Kelantan.
Ahli UMNO diakar umbi sedang didendangkan dengan lagu yang enak supaya ahli ahlinya lupa dan leka yang sebenarnya mereka sedang mengintai dimana lagi 'Harta Alibaba' yang boleh dirunding terus untuk disonglap.
Saya mengambil keputusan, buat apa saya sokong UMNO sedangkan pemimpin UMNO sendiri tidak mahu melihat UMNO menang di Kelantan. Begitulah juganya diharap kepada ahli-ahli UMNO yang lain yang berjuang dengan ikhlas supaya tidak terus ditipu oleh mereka yang menyokong UMNO untuk mencari harta dan projek dan mengejarkan pangkat dan kuasa.
Kepada sahabat saya ahli UMNO dalam DUN Bunut Payung, UMNO Bahagian Kota Bharu. sorry.
Published with Blogger-droid v1.6.5
No comments:
Post a Comment