Tuesday, February 1, 2011

NAJIB berusaha 'menyingkirkan kelemahan'.

"tujuan memulihkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Kerajaan."

Kekalahan teruk BN dalam PRU ke 12 lalu tentunya ada kelemahan. Menyedari hakikat tersebutlah ramai dikalangan pemimpin UMNO terutamanya Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden parti mengambil pendekatan baru bagi memujuk rakyat supaya jangan meninggalkan wadah perjuangan UMNO iaitu, Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat.

Hari demi hari ada sahaja slogan baru tersembur daripada mulut Dato' Najib, bukan sekadar mahu mencipta slogan tapi mahu ianya dilaksanakan semuga keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Kerajaan BN akan terus melekat. Dato' Najib mahu menyingkir kelemahan yang ada pada UMNO dan Kerajaan.

Seperti yang saya selalu ulas, Dato' Najib memang mahu UMNO dan BN terus berkuasa dan menjadi sebuah kerajaan yang kukuh dan bermaruah, itulah beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan. Tapi sayang, jarang sangat pemimpin UMNO terutamanya menteri-menteri yang diberi pinjam kuasa oleh Dato' Najib dan pemimpin parti kompenan BN terutamanya MCA jujur untuk melaksanakan slogan Dato' Najib itu.

Bahkan MCA dan MIC terus mengambil kesempatan melalui slogan 1Malaysia dengan menghasut kerajaan pimpinan Dato' Najib supaya menurut kehendak kaum mereka, terbaru isu buku sejarah untuk murid-murid sekolah pun dijadikan bahan supaya memanaskan sensitiviti kaum. Mencabar intergreti Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidden Yassin. Timbalan Presiden UMNO pun mereka tidak hormat.

Bagaimana Dato' Najib mampu 'menyingkirkan kelemahan' yang terdapat pada Kerajaan sekiranya dikalangan parti kompenan BN tidak patuh dan akur dengan keputusan yang Dato' Najib mahu, begitu juga dengan UMNO, impian Dato' Najib untuk menyingkir kelemahan yang terdapat didalam parti akan berkecai kerana pimpinan diperingkat Majlis Tertinggi, Perhubungan Negeri dan Bahagian tidak dapat mengenal pasti apakah kelemahan yang tersirat dan sebenar yang terdapat dalam parti sehingga sejumlah besar rakyat Malaysia telah menolak UMNO.

Kalau pun mereka dapat mengesan bentuk kelemahan dalam parti, tapi mereka tidak mahu merubahkannya kerana mereka lebih mementingkan keselesaan peribadi untuk mentadbir parti. Jauh sekali mereka mahu berkongsi kuasa dengan barisan pimpinan dibawahnya. Paling malang lagi kepada UMNO apabila pemimpin diperingkat Bahagian tidak mampu untuk menyingkir kelemahan kerana mereka itu tidak arif dan tidak berkeupayaan untuk memimpin.

Dalam erti katanya, mereka jadi pemimpin kerana hanya 'dijadikan' disebabkan mereka itu kroni pemimpin tertentu diperingkat pusat. Mampukah Dato' Najib dalam visinya untuk menyingkirkan kelemahan yang terdapat dalam parti dan kerajaan sebelum berlangsungnya PRU ke 13. kalau tidak, nahas sedang menunggu diselekoh PUTRAJAYA.

No comments: