Monday, October 17, 2011

Bolehkah UMNO menyertai PAS?

untuk sebuah negara Islam.

allahyarham tun dr. ismail


Nampaknya kebanyakan rakyat hari ini sudah tidak berminat untuk berbincang budget 2012 yang baru diumumkan oleh PM Najib dalam sidang Perlimen minggu lalu walau pun berbelion ringgit diperuntukan untuk membantu rakyat terutamanya kepada mereka-mereka yang tua dan telah bersara termasuklah askar dan orang awam.

Rata-rata mengatakan, apa yang hendak diberi oleh kerajaan itu adalah sudah menjadi tanggongjawan kepada mana-mana kerajaan yang memerintah untuk menjaga kepentingan rakyatnya. Hari ini BN memerintah sudah menjadi kewajipan kerajaan BN untuk menyediakan budget dan apabila Pakatan Rakyat PR memerintah maka menjadi kewajipan PR untuk menyediakan budget bagi diberi kepada rakyat.

Sebab itulah budget 2012 tidak banyak diperbincang oleh rakyat biasa. Budget 2012 hanya dibincang dikalangan pemimpin parti politik sahaja, dengan mengambil kira untung rugi kepada rakyat. Pihak kerajaan BN begitu ghairah mendabik dada bahawa budget 2012 akan memberi keuntungan politik kepada parti-parti politik BN manakala pihak pembangkang pula terlalu gembira kerana budget 2012 boleh menjejaskan sokongan rakyat terutama golongan muda kepada BN kerana peluang pekerjaan agak tertutup dan boleh melambakkan pengangguran. Manakala yang tua pula bersunggut kerana terpaksa bekerja sehingga ke akhir hayat.

Nampaknya setiap pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan BN melalui PM Najib selalu mendatangkan penyakit kepada UMNO dan BN seperti yang terbaru apabila PM Najib menegaskan bahawa sekira BN menang dan boleh memerintah Pulau Pinang calun Ketua Menteri tidak daripada UMNO. Kalau tidak UMNO bererti tidak melayu.

Yang jelas sekarang ini, UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan oleh orang cina, adalah terang PRU 13 UMNO terpaksa bergantung kepada undi melayu. tapi malangnya undi melayu sudah melekat kepada PAS dan PKR, bagi menyelamatkan UMNO dari hanyut dalam PRU 13 nanti adalah elok UMNO berpakat dengan PAS dan PKR iaitu UMNO membuangkan egonya dengan menyertai PAS untuk memerintah Malaysia.

Ini adalah satu cara untuk mempertahankan kehebatan kuasa melayu, yang boleh diberi nama sebagai sebuah Kerajaan Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Sekiranya UMNO jujur supaya Islam dan Melayu kekal memerintah Malaysia, inilah formulanya untuk melayu terus gagah selepas PRU 13.

No comments: