Monday, October 3, 2011

Peluang pengundi tolak MCA.

MCA telah memberi peluang kepada pengundi-pengundi melayu supaya tidak menyokong calun-calunnya dalam PRU ke 13 nanti. Ini ditegaskan oleh Presiden MCA Chua Soi Lek dalam Perhimpunan parti itu semalam dengan mengatakan bahawa ahli-ahli MCA tidak akan menerima jawatan menteri sekiranya parti itu kalah dalam pilihanraya umum kelak.

Kesempatan ini patut diambil oleh penyokong-penyokong NGO seperti PERKASA yang dilihat tidak begitu berminat untuk menyokong calun-calun dari kaum cina, lagi pun sekiranya MCA menang dalam PRU 13 nanti makin banyak tuntutan yang akan dibuat terhadap BN dan banyak perkara yang akan merugikan kepentingan melayu.

Pengundi-pengundi melayu hendaklah bersikap realistik dalam memberi sokongan kepada parti-parti BN, yang mana dilihat parti yang boleh merugikan kepentingan melayu hendaklah ditolak dan buat masa ini MCA adalah parti dalam BN yang sentiasa mendesak supaya kepentingan melayu dikurangkan.

Ngo-Ngo melayu hendaklah berperanan lebih bagi mendesak pengundi-pengundi melayu supaya menjauhkan diri dari menyokong MCA, manakala pengundi-pengundi keturunan cina bolehlah membawa arus untuk menyokong Pakatan Rakyat yang tentunya lebih selesa dalam melaksanakan kerangka Negara Berkebajikan dan Buku Jingga yang dilihat lebih bersikap kesamarataan untuk rakyat Malaysia.

Sebetulnya apakah muslihat politik yang hendak ditunjukkan oleh MCA kepada rakyat Malaysia, apakah MCA sudah dapat menghidu bahawa UMNO pun sudah tidak selesa dengan MCA atau MCA pun sudah dapat mengagakkan bahawa pada PRU 13 ini MCA hanya akan diberi bertanding dikawasan yang tentunya DAP boleh menang.

Boleh jadi MCA sudah boleh agak bahawa kerusi yang diberi untuknya bertanding memang susah untuk menang dan apabila kalah boleh dijadikan alasan oleh UMNO bahawa sebenarnya MCA sudah hilang pengaruh dikalangan masyarakat cina dan adalah tidak wajar jawatan menteri diberi kepada MCA,

Untuk mengelak dari dimalukan sebab itulah Presiden MCA awal-awal lagi berikrar bahawa MCA tidak akan membenarkan ahli-ahlinya terima jawatan menteri sekiranya MCA kalah dalam PRU. Atau Chua Soi Lek tahu bahawa beliau juga tidak akan dibenarkan bertanding dalam PRU nanti kerana isu peribadi masih lagi berkisar dalam fikiran rakyat malaysia.

Jadi lebih baiklah buat kenyataan awal-awal lagi.

No comments: