Sunday, October 30, 2011

Perdana Menteri Malaysia ke ?

gambar rakyat asing bangladesh sebagai hiasan.

Sudah sah seramai 37 orang rakyat Bangladesh telah bertukar menjadi warganegara Malaysia. Ertinya mereka itu boleh mengundi untuk memilih wakil rakyat da juga mereka itu layak untuk bertanding sebagai wakil rakyat

Itulah salah satu kejayaan kerajaan BN dalam rancangan tranformasi untuk mendapat sokongan masyarakat antarabangsa bahawa negara Malaysia mengamalkan sikap terbuka sehingga tidak ada batasan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada rakyat asing.

Kejayaan kerajaan Bangladesh untuk menjajah Malaysia secara diplomasi nampaknya telah berjaya, dengan bermulanya lawak jenaka bahawa terdapat rakyat asing dengan mudah untuk menjadi warganegara Malaysia telah menjadi kenyataan. Perdana Menteri Bangladesh agaknya telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana membenarkan rakyatnya bertapak di Malaysia ini.

Jadi tidak mustahil pada masa yang akan datang Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri keturuan Bangladesh. Apa yang sedapnya semua rakyat Malaysia menerima mereka itu sebagai rakyat Malaysia dengan dada terbuka termasuklah PERKASA yang dikenali sebuah NGO yang sensitif terhadap keistimewaan bangsa Melayu.

Anak-anak kita bermula dari sekarang hendaklah dihantar belajar bahasa Bangladesh supaya apabila Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri keturunan Bangladesh besuk senanglah anak-anak kita menyesuaikan diri dengan seorang Perdana Menteri daripada rakyat asing yang dicipta oleh pemerintah Malaysia hari ini.


1 comment:

msarbini09 said...

Jika kita pernah mempunyai PM berketurunan Indonesia dan India, maka tidak heran Bangla pun akan boleh jadi PM. Teringat pandangan Allahyarham Rahim Kajai tentang puak Melayu dari bemua kalinga ni