Tuesday, October 11, 2011

Isu-Isu terkini.


Isu Liwat, isu video lucah, isu Mat Indera, isu bazar Tok Guru, isu ladang rakyat sudah dikambus oleh rakyat Kelantan kecuali ada beberapa kerat pemimpin UMNO yang kehabisan modal untuk terus merancuni fikiran rakyat supaya menyokongnya dalam PRU 13 nanti.

Kini timbul pula isu Hukum Hudud dan dah nak mula tenggelam apabila Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang bijaksana telah meletakkan isu tersebut diatas landasan yang betul yang mana Kerajaan Kelantan akan meneruskan usaha supaya hukum hudud dapat dilaksanakan di Negeri Kelantan.

Yang terbaru pula timbul isu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam- MPKB-BRI yang rata-rata rakyat 'mengeluh' kerana masih ada tempat-tempat tikus bersarang dan sisa pepejalnya masih ada lagi terbiar yang mencacatkan Bandar Kota Bharu yang diberi nama Bandaraya Islam.

Tentunya tidak lama lagi isu tersebut juga akan berkubur sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan menerima peruntukan yang wajib yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menampung kos yang ditanggong oleh MPKB bagi mempastikan Bandar Kota Bharu akan sentiasa dijaga dan akan menikmati kebersihan sesuai dengan namanya Bandaraya Islam.

Itulah diantara isu yang telah ditimbulkan oleh UMNO Kelantan, tapi kini sudah basi dan lesu kerana semua itu tidak diendahkan oleh rakyat Kelantan yang masih setia bersama PAS dan Tok Guru Nik Aziz kerana isu yang ditimbulkan oleh UMNO Kelantan tidak ada kebenaran yang mutlak, hanya sekadar isu politik yang tidak menguntungkan rakyat.

Rakyat Kelantan lebih suka mahu mengetahui isu Cincin yang berharga 72 juta, rakyat Kelantan nak tahu nasib Sairul dan Azilah yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, rakyat kelantan lebih mahu tahu kes dimahkamah di sepanyol yang dikaitkan dengan komisen kapal selam yang dibeli oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Rakyat juga mahu tahu kes KPRZ yang melibatkan bekas menteri, kes khir toyo dan rasuah dan ada beberapa perkara lagi yang kami akan sentuhkan dalam pentas ceramah yang telah diatur untuk saya menjelajah Kelantan.

Siapa Ketua UMNO Bahagian di Kelantan yang paling kaya tapi tak ada kerja?.

No comments: