Wednesday, October 17, 2012

Berdamailah wahai pemimpin melayu.

Saya masih ingat kata-kata enak oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Asri Haji Muda semasa mengulas persekongkolan antara PAS dengan BN yang membentuk kerajaan campuran di Kelantan, katanya DAMAI ertinya NIKMAT.

Semalam ada seorang kuat UMNO memberitahu saya, beliau berdoa tiap2 malam selepas sembahyang isya supaya selepas PRU13 nanti PAS akan bersama UMNO memimpin negara Malaysia sepertimana yang telah berlaku dulu, kerana katanya hanya PAS dan UMNO saja yang boleh menyelamatkan ugama islam dan bangsa melayu di Malaysia ini.

Melihat kepada perkembangan politik tanahair terkini adalah perlu parti2 politik yang dipimpin oleh orang-orang islam dan melayu bersatu untuk mentadbir negara supaya rakyat Malaysia akan dihormati oleh bangsa asing terutamanya diluar negara kerana bangsa malaysia mampu mempertahankan keutuhan bangsa melayu dan terus memertabatkan ugama isalam.

Istilah 'Damai ertinya Nikmat' harus dipupuk dikalangan rakyat malaysia terutamanya bangsa melayu yang berugama islam, maka adalah satu keputusan yang tepat yang telah diambil oleh Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara yang menarik balik saman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim sekiranya tindakan Musa Hassan itu jujur dan ikhlas tidak mahu bermusuh lagi.

Sekiranya Musa Hassan dan Anwar Ibrahim boleh duduk bersama maka dalamnya makna 'Damai ertinya Nikmat' kerana tidak terlintas dalam benak pemikiran manusia bahawa akan terjalin persahabatan diantara Musa Hassan dengan Anwar Ibrahim.

Fenomena bekas2 pegawai tinggi kerajaan menyokong PR yang diterajui moleh Anwar Ibrahim menampakkan pentadbiran PM Najib semakin kucar kacir, setiap benda baru yang diumumkan oleh kerajaan BN ada saja yang tak kena dan dipertikai oleh rakyat jelata. Apakah itu adalah tanda-tanda awal kejatuhan kerajaan BN.

Manakala terdapat banyak ciri dalam perkembangan politik hari ini, manusia atau pun NGO yang menyokong kerajaan semuanya boleh diibaratkan, 'sokong membawa rebah' kerana suara-suara sokongan tersebut lebih memuakkan rakyat dari terus menyokong kerajaan kerana manusia tersebut dan NGO itu bertindak 'lebih lajak dari laju.

Sesungguhnya kata-kata Allahyarham Dato' Asri Haji Muda masih terdengar ditelinga saya,'Damai Ertinya Nikmat'. Apakah melayu hari ini tidak boleh berdamai, sekiranya boleh dan siapakah patut memulakan perdamaian itu, kepada saya UMNO wajib memulakan kerana UMNO ada kuasa dan saya rela memperhambakan diri untuk kearah mencari ' Damai dan Nikmat'. sepertimana saya memperhambakan diri untuk menghidup UMNO baru.


No comments: