Tuesday, September 7, 2010

Tindakan terhadap Musa Hassan?

Hishamuddin betul.
aksi polis semasa mengepong kenderaan Di'Raja. Didalamnya ada KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra dan DYMM Raja Perempuan Kelantan.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.
"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.
Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.
Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.


Cuba kita amati, kenyataan Musa Hassan diatas yang ditulis oleh Utusan Malaysia, pada 7hb. Sept.2010 yang dengan jelas melahirkan saya tersinggong beliau apabila tidak dimaklumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri semasa mengumumkan bahawa jawatan Ketua Polis Negera akan diganti oleh Timbalan Ketua Polis Negeri setelah tempoh kontrek Musa Hassan tidak akan disambung selepas 12hb. Sept. 2010.

Yang peliknya, kenapa Musa Hassan pertikaikan pengumuman yang dibuat oleh KDN, sedangkan beliau sendiri dah tahu bahawa kontrek beliau sebagai Ketua Polis Negara akan tempat pada 12hb. Sept 2010, nak bagi tahu apa lagi, betul dah Hishamuddin Tun Husein, umumkan itu, sekurang-kurangnya Musa Hassan boleh bercuti awal sikit

Dan juga Musa Hassan kata pihak PDRM selalu menerima tekanan dari orang politik dan orang tertentu, apa maksudnya itu. dalam bab mana beliau ditekan. Sekiranya beliau membiarkan pihak anggota dibawahnya melakukan perkara yang mengaibkan PDRM maka adalah wajar pihak-pihak tertentu yang ingin melihat imej polis bersih menegur perjalanan PDRM supaya tidak menjadikan negara ini seperti negara polis.

Contohnya, apa yang dilakukan oleh anggota UTK PDRM terhadap Kedaulatan KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan Darul Naim baru lalu, yang mana kenderaan Tuanku dikepong dan dihala mucung senjata kearah Tuanku oleh UTK PDRM, kerana perbuatan itu memalukan seluruh imej polis dan memalukan Kerajaan dan Majlis Raja-Raja Melayu yang mana nampak jelas pihak polis D'Raja tidak menghormati Kedaulatan Raja-Raja dan tidak mematuhi Perlembagaan Negara. Itulah perlunya Musa Hassan dipertanggongjawab dan eloklah beliau tidak disambung supaya pihak Kerajaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap beliau.

Oleh itu campurtangan orang politik dan orang-orang tertentu bagi mempertahankan marwah Polis Di'Raja Malaysia, Kerajaan Malaysia, Kedaulatan Raja-Raja dan Keangungan Majlis-Raja-Raja Melayu adalah betul dan harus dipertahankan.

Pihak POLIS adalah diminta membuka kertas siasatan berhubung dengan tidakan pasukan UTK terhadap KDYMM Sultan Kelantan bagi membersihkan nama baik polis supaya rakyat tidak memikirkan dan menaruh buruk sangka terhadap kewibawaan pasukan polis Di'Raja kita.

Tindakan Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengumumkan bahawa Musa Hassan tidak disambung kontrek sebagai Katua Polis Negara adalah dialu-alukan kerana dengan pengumuman itu kegelisahan rakyat dan anggota polis dapat dibendongkan dan dengan sendiri melenyapkan kegelisahan orangramai terhadap kerakusan pihak polis dibawah pentadbiran Musa Hassan.

Kita nanti tunggu komen daripada Dato' Ramli Yusoff yang telah dibebaskan dari tuduhan rasuah, yang satu ketika dulu diura-urakan akan menjadi peneraju dalam pasukan polis Di'raja Malaysia.

Ezam Md.Noor tentu tahu perangai Musa Hassan.

4 comments:

AnakGanu said...

aii pakcik..marah benar dgn Tan Sri Musa Hassan..ntah2,kes acu senjata ke Sultan Kelantan yang dimaksudkan oleh Tan Sri Musa tentang penglibatan pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau..artikel yang pakcik paparkan ni penuh kebencian pada Tan Sri Musa..

add said...

Bodek lebih nampakkkkkkkkkkkkk.... sapa sokong hishamudin dia beballllllllllllll.... tengoklah kementerian yang hisham pernah jaga,,macamnana, bebal sebebal bebalnya...

newkk said...

Untuk AnakGanu,
Tulisan saya buka bersifat kebencian kepada individu, tapi melahirkan perasaan keseluruhan rakyat yang prihatin terhadap insitusi KEDAULATAN RAJA, tak kira RAJA dari Negeri mana sekali pun.
Apabila ada perlakuan kurang ajar oleh pihak yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan Raja-Raja bersikap tidak berhemah maka adalah diminta pihak Kerjaan membuat penyiasatan dan maklumkan 'Siapa Yang Punya Angkara' sehingga peristiwa malang itu berlaku dengan teruknya. Harap faham.

AnakGanu said...

bro add...aku mmg x sokong si pondan hishamuddin tu.tapi tan sri musa memang bawak pembaharuan dalam pasukan polis.siapa dalam polis akan lebih tau.hishamuddin memang telur xde,jual kat cina.