menulis dalam FB, www.UMNOtumPAS. minta supaya Nama 'KULI' iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah ditukar kepada nama Ibnu Hamzah kerana katanya, nama 'kuli' adalah tidak comel makna nya itu diibarat sebagai ;kuli; (hamba) sedangkan nama Hamzah adalah nama sahabat nabi yang membawa gelaran SINGA ALLAH. Lojik juga cadangan itu dan nama Ibnu Hamzah akan saya catitkan apabila saya ingin menulis tentang Tengku Razaleigh.
Teringat saya pada satu ketika dulu, semasa Tengku Razaleigh menghadiri dalam satu perjumpaan disebuah hotel di Ipoh Perak. Yammy Samat telah memarahi hadiri yang memanggil nama Tengku Razaleigh dengan nama 'kuli', katanya bermula dari hari itu beliau tidak benar lagi sesiapa memanggil nama Tengku Razaleigh sebagai 'kuli' kerana katanya Tengku Razaleigh bukanlah hamba ataupun 'kuli' sedangkan nama Tengku Razaleigh adalah nama besar dalam politik negara.
Ibnu Hamzah yang telah diwar-warkan hadir dalam satu majlis anjuran AMANAH dengan kerjasama Urusetia Penerangan Negeri Kelantan diatas pentas ROYALTI yang dijadualkan berlangsung pada 13hb. Oktober lalu di Padang Istiadat, Bachok, Kelantan tidak muncul sehingga majlis selesai jam 12.00 malam.
Lebih kurang 5000 rakyat hadir untuk melihat dan mendengar ceramah Ibnu Hamzah pada malam tersebut, tapi semuanya balik dengan hampa kerana 'bayang' beliau pun tak nampak, Dimana silapnya? atau ada agenda tersirat oleh penganjur, sehingga kini menjadi teka teki kerana pihak penganjur agak malu untuk memberi penjelasan.
Diatas pentas ada dua orang wakil rakyat PAS iaitu YB. Ustaz Hassan (Tawang) dan YB. Aziz (Jelawat) mereka hadir kerana dijemput atau mereka hadir kerana diberitahu YB. Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri akan hadir. Mungkin mereka berdua hadir sebagai dif jemputan untuk mendengar pengerusi ngo R dan pengerusi AMANAH berucap, adakah kedua-dua YB dari Bachok itu orangnya 'lekeh' diletak diatas pentas untuk mendengar 'budak-budak' bersendiwara.
Yang menjadi tanda tanya orangramai. kenapa Ibnu Hamzah tidak hadir dan Husam Musa juga tidak kelihatan sedangkan dalam poster dan kain renteng nama dan gambar mereka dikatakan akan berada sama, dan adakah mereka tak beritahu pengajur mereka tak dapat hadir atau penganjur dah diberitahu tapi malu nak umum atau sengaja nak perbodohkan orangramai kerana ada agenda yang tersirat.
Amat malang sekiranya nama Ibnu Hamzah dijaja tapi tidak ada kepastian beliau akan hadir, dan lagi teramat malang sekiranya Ibnu Hamzah yang telah memberi kesanggupan untuk hadir tiba-tiba membatalkan pada malam tersebut untuk tidak hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh AMANAH yang mana beliau adalah Presiden AMANAH.
Ketidak hadiran Dato' Husam Musa pada malam tersebut, sudah dimaklum awal dan diketahui oleh penganjur yang menjemput beliau, walaupun ada sahabat2 apabila ditanya kepastian kehadiran beliau cuba menyembunyikannya kerana bimbang sekira orang PAS Bachok tahu boleh menjejaskan kehadiran.
Siapa tipu siapa, dan siapa ditipu.
Siapa tipu siapa, dan siapa ditipu.
No comments:
Post a Comment