Monday, October 22, 2012

KAFA diminta terima kasih pada Pak Lah.

Tahniah Kelantan, Tahniah penyokong Kelantan saya mengambil kesempatan melalui Sinar Harian keluaran 20hb. Oktober) meminta penyokong Kelantan supaya tidak beralih memberi sokong kepada ATM kerana peristiwa yang tercetus di perkarangan Stadium Sultan Mohd ke 4 semasa orangramai berbaris untuk membeli tiket tiba-tiba tak sampai setengah jam diberitahu tiket habis.

Penyokong yang datang seawal pagi amat kecewa kerana tak sempat membeli tiket walaupun terpaksa berbaris panjang dalam basah kuyup kerana hujan. Bayangkan kehampaan  mereka sehingga mereka meluahkan dalam dada akhbar. Mujur penyokong Kelantan setia kepada pasukan sehingga tidak menjejaskan sokongan walaupun didalam hati terbenam perasaan marah keatas pengurusan penjualan tiket.

Yang menjadi isu, kenapa sebelum tiket dijual sudah ada seorang Ketua Bahagian UMNO mengistihar akan membahagi-bahagikan tiket sedangkan mereka yang datang untuk membeli tidak diberi layanan. Ketirisan itulah yang dimarahi oleh peminat. Banyak orang pertikai.

Apakah status Ketua Bahagian boleh memonopoli tiket pertandingan akhir, apakah KAFA lebih melayani Ketua UMNO Bahagian daripada peminat dan penyokong?. Inilah persoalan yang belum terjawab. Pada petang 20hb itu saya meninjau di Stadium Shah Alam, ada lagi tiket dijual tapi sekejap sahaja lepas tu habis, tapi ulat2 tiket masih melelong tiket2 dengan harga 50, 45, 40, 35 dan 30.

Stadium Shah Alam penuh dikabarkan seramai 80,000 membanjiri stadium diantaranya 80% adalah penyokong tRw (Kelantan), akhirnya Kelantan menjadi juara setelah mengalahkan ATM dalam babak pertandingan yang amat menarik dan mendebarkan. Kelantan menang 3 - 2 dalam masa tambahan.

Kini Piala Malaysia berada di negeri serambi mekah (Kelantan), saya sarankan supaya piala itu pertamanya dipersembahkan kepada Sultan bagi mengambarkan solidariti rakyat Kelantan menyokong pasukan tRw, keduanya dibawa ke SUK untuk diberi penghormatan kepada Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat dan ketiganya diusung ke setiap jajahan untuk dilihat dan diraikan oleh rakyat jelata.

Di peringkat jajahan bolehlah kerajaan kelantan meluluskan acara keraian bagi membalas budi rakyat kelantan yang memberi sokongan kepada pasukan bola yang mewakili negeri kelantan. Disitu semua pemimpin  masyarakat diletak diatas satu pentas bagi memeriahkan acara gilang gemilang bagi merainkan pemain dan  penyokong pasukan bolasepak kelantan yang menjuara 3 piala dalam tahun ini.

Tan Sri Anuar Musa, Dato' Affandi dan Rosmadi kena bertindak bijak supaya pasukan bolasepak kelantan tidak dilacurkan kepada parti politik yang sedang mencari pengaruh dan sanggup menumpang diatas keringat pasukan bola dan KAFA kerana Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan bukan hak milik UMNO ataupun PAS.

Kini nampaknya ada usaha untuk mempolitikkan pasukan bolasepak kelantan, jangan memusnahkan harapan penyokong dan pemain dalam keghairahan mencari nama diantara kepimpinan KAFA kerana dikalangan penyokong dan pemain itu ada penyokong UMNO dan ada penyokong PAS. Kelantan tidak akan menang hanya kerana Ahli Jawatankuasa KAFA sahaja.

KAFA kena berterima kasih kepada pemain2 dan penyokong terutamanya kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula2 prihatin terhadap pasukan bolasepak kelantan. Saya berani menyatakan tanpa sumbangan dan  sokongan Tun Abdullah Ahmad Badawi, pasukan bolasepak kelantan tidak segagah dan gah seperti hari ini.

Kita lihatlah bagaimana KAFA mahu bersilat dengan kemenangan 3 piala tahun  ini, apakah piala itu akan menjadi milik UMNO sekiranya KAFA sanggup melacurkanya. Ingatlah, apa-apa bentuk sukan sekali pun sekiranya dibiarkan dipolitikkan akan hancur tidak berkubur. Hari ini bukan semalam.

No comments: