Monday, October 1, 2012

Stigma Agitation

Tidak berapa hangat dibincang dikedai-kedai kopi atau di coffce house hotel-hotel, tidak ada benda baru  yang merangsang dan tidak ada yang menyentuh keinginan untuk menyokong dengan penuh perasaan. Begitulah tinjauan terhadap pengumuman budget 2013 yang dibentang oleh PM Najib di Parlimen pada 28hb. September lalu.

Semua rakyat yang menjadi tumpuan oleh kerajaan untuk memancing undi gembira dengan pengumuman tersebut, mereka sedang menanti menjelangnya januari 2013, kerana itu adalah rezeki yang dihantar melalui kerajaan yang sesungguhnya pemberian tersebut adalah hak rakyat. Bahkan mereka berangan-angan akan mendapat banyak dan lebih daripada apa yang diumumkan oleh PM Najib.

Mungkin sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mengumumkan budget, rakyat akan mendapat lebih dan agak istimewa dari apa yang diumumkan oleh PM Najib. Nak tahu betul atau pun tidak rakyat bolehlah mencuba pada PRU13 nanti.

PRU13 nanti adalah masa yang amat baik untuk rakyat menguji kejujuran Anwar Ibrahim, masa yang akan menguji kemampuan beliau mengurus wang negara, masa yang akan menunaikan janji apa yang dicetuskan dalam buku jingga.

Rakyat berhak memberi peluang kepada Anwar Ibrahim pula mengurus kewangan negara atas sifat sebagai Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak, tidak seperti terdahulu yang mana kuasanya terhad kerana Perdana Menteri bukan beliau. Jadi tak usaha pertikai sekarang akan kewibawaan beliau, beri dulu peluang pada PRU13 ini dan lepas itu sekiranya beliau tak boleh diharap, rakyat bolehlah menukarnya dengan cara demokrasi.

Lima tahun bukan waktu yang panjang. PM Najib pun bukan tua sangat pada masa itu,. boleh lagi dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Anwar Ibrahim tidak menunai janji dan gagal mengurus negara untuk kesehajteraaan rakyat. Negara Jepun pernah bertukar Perdana Menteri, Amerika juga, negara itu masih aman dan rakyat tidak menderita. Jadi apa perlu takut.

Oleh itu ugutan bahawa negara akan menjadi kacau bilau, bukan bangsa melayu akan jadi perdana menteri, melayu akan dijajah, itu semua adalah permainan kata-kata oleh orang-orang yang rakus kuasa., tak mahu menerima hakikat yang nyata. Sebenarnya kekuatan dan keteguhan negara kita berada ditangan rakyat semua, sekiranya dibiarkan rakyat membuat pilihan sendiri negara akan dapat seorang pemimpin yang akan berhati-hati untuk mempastikan rakyat terbela.

Sekiranya rakyat memilih supaya kerajaan baru mentadbir negara kelak, yang pastinya banyak kebajikan rakyat diisi dengan penoh sopan. Kakitangan awam akan diletak dalam landasan yang betul, tidak akan ada perlantikan pilih kasih seperti kenaikan pangkat yang diangkat bagaikan roket naik kebulan, yang dahulu didahulukan, ketirisan kewangan akan diperbetulkan, manakala nelayan,penternak dan petani tidak akan mengemis dibumi sendiri, hasil royalti akan dikecapi oleh rakyat yang berhak dan tentunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak akan dibiarkan bermaharajalela.

Beban tanggongan hutan tidak menjadi malapetaka, bahan-bahan keperluan hidup akan dapat dinikmati, seperti rumah mampu milik, motokar yang mampu dibeli dan murah serta persekolahan anak-anak yang tidak membebankan. Manakala peluang pekerjaan akan disusun supaya pengangguran tidak menjadi bebab dan penyakit sosial kepada rakyat. Semuanya telah dirancang oleh PR.


BN pula terus memperhebatkan strategi untuk menyakinkan rakyat, berbagai-bagai slogan dicipta untuk memberi wang kepada rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi, Apakah strategi tersebut akan berhasil atau sebaliknya hanya PRU13 sedang menunggu memberi jawapan, sekiranya BN masih dapat mengekalkan kerajaan, terbukti PM Najib adalah pakar strategi politik yang hebat diabab ini.

No comments: