Tuesday, April 19, 2011

PROMOTION


Jangan sampai pegawai kerajaan jadi 'malas' untuk bekerja. Peluang kenaikan pangkat disekat kerana telah menjadi practice. Apabila seseorang itu disayangi walau pun telah ditetapkan umor bersara tapi dilanjutkan tempoh persaraan wajib.

Semacam telah menjadi tradisi dalam perkhidmatan awam seseorang itu akan disambung perkhidmatan apabila 'orang atasan' berkenan untuk dikekalkan seseorang itu terus bertugas dengan diberi keistimewaan bagi menyambung perkhidmatan secara kontrak.

Sedangkan orang yang dibawah, yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan tidak berpeluang naik pangkat oleh kerana amalan yang kurang sihat yang telah menjadi kebiasaan dizaman ini.

Sudah ramai pegawai kerajaan yang sepatutnya bersara dengan jawatan yang lebih tinggi tapi tidak berpeluang kerana amalan menyambung perkhidmatan orang yang sepatutnya sudah bersara mengikut umor yang telah ditetapkan dalam kamus perkhidmatan.

Apakah di negara kita ini sudah kurang pegawai kerajaan yang bijak dan pandai untuk dinaikkan pangkat bagi mentadbir sesebuah kementerian sehingga seperti terpaksa menyambung yang patut telah bersara kekal ditempat itu. Atau dalam perkhidmatan awam pun ada kroni.

Sistem menyambung pegawai yang sepatutnya sudah sampai masa bersara tidak memberi keberhasilan yang lebih baik kepada sesebuah kementerian atau jabatan. Ini kerana mematah semangat kepada pegawai lain untuk memberi perkhidmatan sebaik mungkin kerana mereka akan terasa tawar hati apabila melihat sistem yang ada hari ini seolah-olah menyekat peluang kenaikan pangkat mereka.

Bukan seolah-olah lagi, memang betul cara amalan sekarang ini menyekat peluang kenaikan pangkat dan melemahkan semanagat kakitangan lain untuk terus memacu jentera kerajaan kearah lebih pro aktif selari dengan matlamat KPI dan NKRA yang ditetapkan oleh kerajaan PM Najib.

Boleh jadi PM Najib terlepas pandang perkara ini kerana beliau sendiri tidak pernah menjadi penjawat awam (perkhidmatan awam). Mungkin PM Najib hanya bersetuju dengan saranan yang dubuat oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa melihat kebawah akan keresahan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai cita-cita sejak dibangku sekolah lagi untuk menjadi pegawai kerajaan dengan jawatan setinggi mungkin.

Pegawai kerajaan juga ada cita-cita, sepertilah orang politik. Orang politik cita-citanya nak jadi Perdana Menteri dan pegawai kerajaan cita-citanya nak jadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) maka yang patut ada peluang naik pangkat hendaklah jangan disekat peluang itu barulah sesuai dengan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' kerana pegawai kerajaan itu juga rakyat.

Alasan menyambung Ketua Setiausaha Negara (KSU) dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) kerana untuk meneruskan program dan dasar negara dan dasar kementerian tidak masuk akal kerana orang yang akan dipilih untuk mengambil alih jawatan tersebut tentunya akan mampu melaksanakan tugas apabila diberi kepercayaan kelak.

Apakah oleh kerana mereka itu tidak disambung perkhidmatanya, dasar dan program yang telah dirancang tidak akan dapat dilaksanakan maka oleh sebab itu mereka disambung perkhidmatannya secara kontrak. Bagaimana kalau mereka itu mati?.


No comments: