Sunday, January 13, 2013

Rakyat bangkit menolak UMNO.

Berjaya dan Tahniah, itulah bahasa yang boleh rakamkan setelah selesainya perhimpunan kebangkitan rakyat yang telah berlangsung di Stadium Merdeka petang semalam.(12.1.2013) yang boleh jadi merupakan perhimpunan rakyat yang terbesar dalam sejarah PR sebelum berlangsungnya PRU ke 13.

Perhimpunan semalam disokong oleh jutaan rakyat Malaysia, berlangsung dalam suasana meriah, bersemangat dan aman. tidak berlaku rusuhan, tidak berlaku terjahan, tidak berlaku provokasi dan tidak berlaku remepuhan serta pancaran air beracun dan pukulan balatan, semuanya aman.

Penyokong PR harus dipuji, penyokong PR sedia mematuhi arahan, itu tandanya penyokong PR bertatasusila, tapi perhimpunan yang tercatat dalam sejarah yang dihadiri oleh ratusan ribu manusia dan berlangsung dalam suasana meriah dan aman tiba-tiba dikejutkan dengan kenyataan yang membosankan.

Pihak polis bersunggut bahawa perhimpunan kebangkitan rakyat telah menlanggar syarat peruntukan seksyen  15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.yang mana  3 kesalahan utama dikenal pasti iaitu pertama kerana membawa kanak-kanak, kedua kerana membawa sepanduk atau kain rentang yang dikatakan menghasut dan boleh membawa permusuhan dan perpecahan dan yang ketiga kerana yang hadir didalam stadium itu melebihi daripada 35,000 orang.

Daifnya kesalahan yang terdapat semasa perhimpunan berlangsung petang semalam. tak adakah alasan lain yang boleh direka bagi mengambil tindakan kepada rakyat yang keluar untuk memberi sokongan kepada PR kepada pemimpin mereka, bukankah perhimpunan yang dianjurkan oleh UMNO juga kadang-kadang terdapat mereka yang membawa anak-anak kecil.

Apabila sudah terang PR disokong dan didokong oleh semua lapisan masyarakat, maka pihak kerajaan cuba mencari jalan untuk menghukum pula, kenapa angka kehadiran yang melebihi daripada 30,000 orang hendak dijadikan alasan untuk pihak berkuasa bertindak kepada penganjur. Sekiranya tak mahu rakyat keluar melebihi 30,000 orang sepastutnya pihak berkuasa mengelurkan tiket untuk orangramai memasuki stadium barulah kehadiran boleh dikawal.

Tunggulah apa akan terjadi dan tindakan yang akan diambil oleh pihak ;polis terhadap ibubapa yang membawa anak-anak keperhimpunan tersebut, apa nasib yang akan menimpa kepada pembawa sepanduk dan apa hukuman yang akan diterima oleh penganjur kerana rakyat yang hadir melebihi had yang telah ditetapkan sehingga melimpah ruah keluar stadium merdeka.

Begitulah apabila jadi pembangkang, aman pun susah tak aman lagi susah. Benar kata anak-anak muda, sekarang adalah waktu terbaik untuk menukarkan kerajaan supaya rakyat boleh hidup tanpa diugut dan aman dibawah kerajaan yang adil. Ingat pesanan 'Berilah peluang kepada PR untuk memerintah Malaysia' supaya negara tidak menjadi kucar kacir dalam isu rasuah dan kronisme supaya harta negara tidak dirompak sewenang-wenangnya.

Kebangiktan rakyat semalam adalah kebangkitan yang akan diterjemahkan oleh pengundi-prngundi diseluruh negara, seorang rakyat yang hadir semalam mewakili tiga orang pengundi yang tidak sempat hadir (pinjam ulasan Mohd Sayuti Omar. MSO). undi-undi itu nanti tentunya undi untuk PR undi yang akan mejatuhkan kerajaan BN, undi yang akan menolak kerajaan yang tidak adil, undi yang akan menolak kerajaan yang zalim, undi dari petani, nelayan, peneroka, penarik beca, pemandu teksi, pesara tentera dan polis, pesara kerajaan, penganggur yang dinafikan, pegawai penjawat awam yang melihat kertas rasuah berlalu didepan mata, guru-guru yang dipaksa dan dianayai serta pelajar yang pintar semuanya tidak akan mengundi parti-parti yang mengunakan lambang dacing . Kerajaan BN sudah pun dipenghujung.

No comments: