
Semua bergerak kearah pilihanraya. terbaru kejutan yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang mana Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibuburkan selepas tahun baru cina. Ertinya pilihanraya akan berlaku selepas sambutan tahun baru cina, kalau pun Parlimen tidak dibubarkan tapi Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibubarkan, ertinya SPR terpaksa mengumumkan tarikh pilihanraya dan pembuangan undi pasti berlaku.

Rezeki rakyat Selangor akan terus melimpah ruah kerana PRU13 nanti kerajaan Malaysia pun akan diperintah oleh PR, ,ini diakui sendiri oleh beberapa tokoh UMNO yang secara tidak sengaja telah mendedahkan rahsia bahawa kerajaan BN dibawah pimpinan PM Najib adalah tersangat lemah.
Apabila bekas-bekas Perdana Menteri dan bekas menteri terpaksa bercakap untuk tolong berkempen dalam pilihanraya nanti itu bermakna UMNO dan BN sedang berada dalam kesakitan seolah-oleh berada dalam nazak antara hidup dan mati. Orang yang paling takut apabila BN kalah dan PR dapat membentuk kerajaan ialah Tun Mahathir dan Ibrahim Ali. Mereka berdua nampak sangat takut kepada PR.
Walau bagaimana pun peluang untuk BN terus berkuasa masih dapat diselamatkan, apabila UMNO dan BN berjaya memecahkan perpaduan yang disepakati oleh PR diantara parti PAS, PKR dan DAP. memecahkan kesepakatan diantara PAS dan DAP hanyalah satu-satu peluang yang ada pada UMNO dan BN.
Maka tidak hairanlah UMNO begitu beria-ia benar menjadi jurucakap kepada Nasaruddin Mat Isa apabila Nasa dilucutkan sebagai ahli Majlis Syura PAS, sedangkan pemimpin UMNO tidak ambil kisah langsung terhadap ahlinya yang dibuli oleh pemimpin UMNO di peringkat Bahagian seperti apa yang berlaku di Bahagian Tanah Merah dan Ketereh.

Tapi isu Nasaruddin dan Hassan Ali tidak merosakkan kesepakatan PR, bahkan semua isu yang cuba dibangkitkan oleh UMNO dan BN telah dipadamkan dengan sekelip mata oleh kebijaksaan Tok Guru Nik Aziz apabila Tok Guru membuat lawatan ke kediaman Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan dan kerumah Karpal Singh.

No comments:
Post a Comment