Wednesday, March 18, 2009

Bubar Lembaga Displin "SEGERA"

Kepada saya, siapa saja jadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia saya sokong, kerana mereka yang menawarkan diri ada kebolehan sebagai pemimpin, lagi pun saya kenal mereka dari dekat sama ada Ali Rastam, Mahyuddin Yassin atau pun Muhammad Mat Taib. Semuanya ada pengikut setia yang tak perlu dibayar ataupun diupah. Mereka telah lama memperhambakan diri kepada parti dan mereka telah mendapat nikmatnya. Oleh kerana mereka telah kaya raya maka mereka ingin menjadi pemimpin No.2 dalam UMNO, mereka mahu mencari kuasa dan berkuasa.

Semalam (17hb. Mac 2009) Lembaga Displin Parti UMNO telah membuat keputusan dengan tidak membenarkan Ali Rastam bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 26hb. Mac nanti kerana telah melanggar tataetika UMNO perkara 10.1 yang didapati bersalah dan disingkirkan dari bertanding. Bagi orang yang membuat keputusan meraka rasa bangga kerana dapat menjalankan amanah (belum tentu jujur) tapi kepada Ali Rastam hukuman yang diterima tentunya terasa pedih dan terseksa kerana Ali Rastam juga tahu budaya UMNO, semua orang keluarkan belanja untuk mendapat pencalunan terutamanya jawatan penting dalam parti, Begitu juga kepada mereka yang hendak mempertahankan jawatan di peringkat Bahagian. Tapi semuanya lolos. Kenapa?.

Saya bukannya nak menuduh, tapi kalau tanya semua penduduk Malaysia, tak kira mereka itu Melayu, Cina atau India, mereka tahu budaya dalam merebut jawatan dalam parti UMNO, tanpa wang, tak ada jawatan, tanpa wang tak akan ada sokongan, tanpa wang tak ada siapa yang pandang. Itulah budaya pemilihan dalam Parti UMNO, kecil jawatan kecil umpan, besar jawatan besarlah habuan. Dah tak jadi rahsia lagi.

Oleh itu saya syorkan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, inilah cara dan masanya untuk memperbetulkan UMNO supaya akan terus disokong, iaitu benarkan semua yang telah mendapat cukup pencalunan bertanding, biar para perwakilan menentukan keputusannya, carilah keadilan dengan cara demokerasi, jangan main silap mata. Jangan menyusahkan ahli-ahli parti, buatlah keputusan supaya rakyat suka kepada UMNO, jangan yang dikendong keciciran, akibatnya parah nanti.

Bubarkan saja LEMBAGA DISPLIN PARTI, kerana keputusan yang dibuat selalunya tidak menguntungkan parti, Majlis Tertinggi kena mengambil tanggongjawab untuk membela ahli parti yang dikambing hitamkan oleh orang orang tertentu, kerana kepada saya kalau hendak diambil kira kesalahan tatatetika UMNO, semua yang nak bertanding tak layak, kerana semuanya melakukan kesalahan tataetika, kenapa ada yang terlepas dan dibebaskan.

Sebagai contoh, UMNO Bahagian KETEREH perlu digantung kerana kesalahan tataetika berlaku diperingkat atas sampai kebawah, tapi kenapa tidak diambil tindakan, Jawabnya kerana LEMBAGA DISPLIN PARTI UMNO tidak berfungsi, hanya mencari mangsa yang terpilih untuk dijatuhkan hukuman.

BUBAR LEMBAGA DISPLIN "SEGERA".

No comments: