Saturday, March 28, 2009

kalau UMNO tidak mahu rebah, pentadbiran parti mesti diubah !.

Keputusan yang menentukan siapa yang layak menduduki Ahli Majlis Tertinggi UMNO ada sedikit mengejutkan, ini ekoran beberapa orang Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri tidak dipilih oleh perwakilan. Sedangkan mereka itu ada beratus orang anak buah yang boleh menjadi tukang kempen yang terdiri sebagai perwakilan yang mewakili negeri masing-masing.

Sah, anak buah kepada Menteri Besar yang kalah dalam pertandingan Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak bekerja untuk 'bos' nya, mana boleh Menteri Besar tak menang untuk merebut satu daripada 25 jawatan sekiranya kempen dijalankan dengan penoh ikhlas dan aggrasif. Kerana saya yakin sekiranya Tan Sri Annuar Musa bertanding Ahli MT beliau akan menang atas sifatnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. (beliau layak untuk dipertimbangkan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia) Yang kalah itu pun bukan calang-calang orang, dimana silapnya?.

Ekoran keputusan MT itu, Negeri Perak mendapat 4 orang ahli MT iaitu Azlan Othman, Tajuddin Rahman, Ahmad Husni dan Hamzah Zainuddin. Sabah mendapat 3 orang iaitu Musa Aman, Lajim Ukin dan Bung Mokhtar. Pahang mendapat 3 orang iaitu Ismail Sabri Yaakub, Jamaluddin Jarjis dan Saifudin Abdullah. Kelantan 2 orang iaitu Mustapha Mohamed dan Awang Adek Husein. Selangor 2 orang iaitu Noh Omar dan Mohd Zin Mohamed. Pulau Pinang 2 orang iaitu Zainal Abidin Othman dan Norraesah Mohamad. Johor 2 orang iaitu Mohd Puad Zarkashi dan Dr.Latiff Ahmad. Kedah 2 orang iaitu Mahdzir Khalid dan Abdul Azeez Abdul Rahim. Trengganu 2 orang iaitu Ahmad Shabery Cheek dan Idris Jusoh. manakala Negeri Sembilan 1 orang iaitu Shaziman Abu Mansor. Melaka 1 orang Idris Harun dan Wilayah 1 orang iaitu Zulhasnan Rafique.

Yang ditunggu-tunggu nanti ialah Pegawai dan Ahli MT yang akan dilantik oleh Dato' Najib sebagai Presiden. Adakah muka lama atau muka baru, adakah orang yang kalah dalam pertandingan akan terus dilantik dan diberi kepercayaan lagi oleh Presiden parti. Adakah Dato' Najib akan mengekalkan Setiausah Agong, Bandahari dan Ketua Penerangan orang yang lama yang membawa erti tidak ada perubahan dalam pentadbiran parti dan kalau ini terjadi maka UMNO masih berada ditahap lama, kerana wajah saja berubah tapi pentadbiarannya 'Out Side".

Dalam erti kata, sekiranya UMNO tidak mahu direbah, maka pentadbiran parti perlu diubah, orang yang memegang jawatan Setiausaha Agong hendaklah dilantik dikalangan orang yang beramanah dan bertanggongjawab, jangan lari dari prinsip kerana mementingkan diri dan puak, kena adil, setiau dan usaha, begitu juga dengan Bendahari mesti amanah dan jujur, juga Ketua Penerangan mesti dilantik orang yang ada power untuk berucap dan stategi. (maknanya kena lantik orang baru). Begitu juga Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

SAYA YAKIN DATO' NAJIB ADA JAWAPANNYA.

No comments: