Saturday, March 21, 2009

KADOK mesti dijunjung !

Jumaat 20hb. Mac, 2009. Saya berada dikampung kadok, tanah tumpah darah ku. Kebetulan di masjid ada jamuan maulud, dalam tahun 2009 inilah hari pertama saya pulang kampung setelah berada diluar negara urusan hidup dan ke tanah suci mengerjakan umrah.

Sebelum menunaikan solat jumaat, Pak hak mengumumkan bahawa ada kutipan derma bagi memperbesarkan masjid, dari satu tingkat akan dijadikan 2 tingkat dan saya difahamkan perbelanjaan yang dipetrlukan sebanyak RM600,000.00 (Enam Ratus Ribu).

Melalui blog ini saya menyeru kepada sesiapa yang ingin memberi derma bolehlah menghulurkan derma kepada Masjid Kadok ini, semuga cita cita anak mukim Kadok untuk mendapat masjid yang berwajah baru akan menjadi kenyataan, Insya Allah.

Dalam masa Tiga bulan ini, ramai sudah kenalan saya di kampung telah meninggal dunia, yang mana kematian adalah satu kemastian, yang hidup tetap mati, tak kira orang itu kaya atau miskin, yang berkuasa ataupun yang tak ada kuasa, satu hari kita akan pergi untuk mati.

Dalam kematian itu datangnya dengan berbagai bagai cara dan peristiwa, ada yang mati kerana sakit tua, ada yang mati kerana sakit jatung, ada yang mati kerana kencing manis, ada yang mati kerana jatuh pokok, ada yang mati kerana kemalangan jalan raya, hancur dan berkecai dan berbagai bagai kejadian yang mengakibatkan kematian.

Ada orang yang sangat takut untuk mati dan ada orang yang tak takut mati, yang pastinya kita akan mati dan bagaimanakah apabila orang mati itu dirinya berada dalam keadaan munafik?, jasteru itu marilah kita sama sama berdoa semuga kematian kita tidak dikalangan orang orang yang munafik, seperti beberapa orang yang sudah dikenal pasti.

Saya melihat kampung saya tidak berubah, tidak ada pembangunan baru, masih seperti dulu, walau pun wakil rakyat silih berganti orangnya, tidak ada siapa yang mahu peduli untuk mengasak pihak berwajib untuk membangunkan "KADOK", wal hal penduduknya terdiri dari orang yang boleh dikatakan cerdik dan berpendidikan, tak tahulah salah dimana, Kadok belum membangun.

Annuar Musa, Alwi Che Mat, Aziz Kadir, Ust. Shukri dan Hazami adalah bekas dan wakil rakyat untuk penduduk Kadok, tak ada apa pun yang boleh mereka lakukan untuk membangun Kadok, nampaknya mereka ini semua tidak begitu perihatin kepada kampung Kadok, maka orang orang kadok tunggu apa lagi, bermula dari sekarang carilah satu formula untuk pembangunan KADOK semuga tahun 2020 nanti Kadok sudah naik junjung.

No comments: