Tuesday, May 19, 2009

Najib memperkasakan Tengku Adnan Mansor.

Kelmarin Di Hotel Golden Horse, bersebelahan kelab lumba kuda Selangor, PAS mengadakan satu majlis bagi memunggut derma untuk mengisi tabung Bangunan PAS Malaysia yang dihadiri oleh Presiden PAS Tok Guru Haji Hadi Awang.

Bukan tujuan saya hendak memberi promosi kegiatan PAS tapi hendak menyampaikan berita yang saya dengar berkenaan satu peristiwa yang berlaku didalam majlis tersebut. Mulanya saya tidak percaya tapi setelah saya bercakap sendiri dengan tuan yang ampunya diri maka sah lah berita yang saya dengar itu.

Kemunculan Sdr Tamrin Ghafar dalam majlis PAS itu telah menjadi tanda tanya banyak orang terutamanya para sahabat handai yang tiap hari bersamanya tidak menyangka bahawa Sdr Tamrin mempunyai jiwa besar sehingga sanggup hadir dalam majlis PAS yang dihadiri oleh semua tokoh PAS diperingat tertinggi.

Tentunya PAS dengan berbesar hati menyambut ketibaan Sdr Tamrin itu yang mana Tok Guru Haji Hadi Awang telah menyebut dalam ucapannya dengan berkata bahawa Sdr Tamrin Ghafar anak kepada negarawan ini adalah sahabat rapat saya semasa sama-sama jadi ahli Parlimen dulu.

Apakah ini langkah awal yang akan berlaku penghijarahan, yang mana bekas pemimpin parti yang telah disisihkan oleh UMNO kini akan meninggalkan UMNO bagi meneruskan perjuangan untuk memperkasakan bangsa melayu. Walau pun kelihatan lemah PAS kerana krisis kepimpinan sekarang ini tapi PAS tidak akan kalah dalam pilihanraya kerana orang melayu dan Islam ada pilihan untuk memberi sokongan kepada PAS dan PKR yang asas perjuangannya seakan-akan sama dengan UMNO.

Dato' Najib yang tiap-tiap hari memperkasakan Tengku Adnan dengan menambah tugas baru melantik Tengku Adnan sebagai SU Agong Barisan Nasional, akan berdepan dengan masaalah pengurusan yang tidak stabil, kerana melantik orang yang akan memberi masaalah kepada UMNO dan BN.

Persoalannya, untuk apa Dato' Najib begitu bersemangat membela Tengku Adnan dengan memperkasakan kedudukannya, wal hal UMNO dan BN akan lebih teruk di ejek oleh rakyat seluruhnya dengan perlantikan itu. Mana ucapan Dato' Najib mengatakan bahawa sudah sampai masanya UMNO diubah sebelum rakyat merebahkan UMNO.

Apakah Dato' Najib tidak percaya bahawa Pengurusan dan Pentadbiran yang baik dan cekap akan memperkuatkan sesebuah organisasi itu. Dan apabila ianya diurus oleh orang yang rakyatnya muak maka organisasi itu menerima padahnya dan inilah akan menimpa nasib pada UMNO sekiranya Pengurusan dan Pentadbiran Ibu Pejabat UMNO masih terdapat gambar Tengku Adnan Mansor disana.

Belum terlambat untuk Dato' Najib menukarkannya.

No comments: