Monday, May 18, 2009

Bukan benci tapi sayang.

Negeri lain telah selesai membuat perlantikan pegawai parti diperingkat Perhubungan UMNO Negeri, tapi di Kelantan belum lagi. Boleh jadi Tok Pa (Dato' Mustapha Mohammed) belum mendapat ilham lagi ataupun beserabuk dengan pelobi-pelobi. Maka perlantikan belum dapat dibuat lagi, mungkin dalam dua tiga hari lagi Tok Pa akan mengumumkannya.

Jawatan Setiausaha Perhubungan, Bendahari dan Ketua Penerangan lebih baik tidak dilantik dikalangan Ketua UMNO Bahagian, ini bagi memantapkan gerakan di peringkat Bahagian yang menjadi teras kekuatan parti. Ketua Bahagian hendaklah memberi sepenoh perhatian di Bahagian masing-masing supaya setiap penjuru kekuatan parti lawan dapat UMNO menguasai.

Apatah lagi dengan berbuat demikian, UMNO Perhubungan mempunyai banyak tenaga dan fikiran untuk bertindak bagi menjatuhkan kerajaan PAS yang telah begitu lama memerintah di Kelantan. Dengan penyusunan yang baik dan perancang yang mantap adalah tidak mustahil dalam pilihanraya yang ke 13 nanti, Kelantan diperintah UMNO walaupun mungkin negeri-negeri lain jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Kekuatan Ketua Bahagian UMNO di Kelantan tidak boleh dinafikan lagi, tenaga yang ada hari ini mampu merubah kekuatan PAS di Kelantan, mereka mempunyai buah fikiran yang baik, kemampuan kewangan yang kukuh, peribadi yang bersih serta ikhlas dalam perjuangan. Ini semua dapat dibuktikan setelah Tok Pa memberi arahan bagi memperkasakan UMNO Kelantan setelah tidak kedengaran suara sumbang di kedai kedai kopi atau pun coffe house.

Kalau selepas Tok Pa mengumumkan perlantikan pegawai parti Perhubungan dan masih ada Ketua Bahagian yang merunggut, tindakan displin hendaklah diambil bagi memberi pengajaran kepada ahli-ahli parti iaitu apabila rumah sudah siap pahat tak usahlah berbunyi lagi.

Diperingkat Bahagian pula, para pemimpin janganlah memilih orang untuk menjadi penyokong parti, biarlah orang ramai datang untuk menyokongkan parti, barulah parti itu kuat dan ada peluang untuk menang dalam pilihanraya. Selagi sikap pemimpin Bahagian yang memilih orang tertentu saja dipilih untuk menjadi penyokong parti, maka alamatlah bahawa pemimpin itu sebenarnya tidak mahu melihat UMNO menang dalam pilihanraya tapi sebenarnya pemimpin itu mahu kekalkan kuasanya sebagai ketua parti. maka mampuslah UMNO.

Seperti matinya UMNO dipenanti apabila UMNO tidak meletakkan calun dalam pilihanraya kecil nanti.

No comments: