Wednesday, May 13, 2009

Kelantan kecundang lagi?

Semalam nasib pasukan bolasepak Kelantan KAFA malang lagi, kalah dengan Johor FC 1 - 3 di Stadium Bukit Jalil, Terdahulu kalah kepada Negeri Sembilan 0 - 2. Ini semua terjadi kerana badi kekalahan semasa pertandingan akhir piala FA pada 25hb. April yang kalah dengan tendangan pinalti 1 - 4.

Kekalahan demi kekalahan ini boleh menyebakan pasukan Kelantan akan menduduki tempat yang tersorok dalam liga super. Semestinya kena ada penyiasatan, apa sebenarnya berlaku sehingga pasukan kelantan yang seharusnya menjadi pasukan yang teratas tiba-tiba jatuh menjunam, tentu ada yang tak kena.

Ramai peminat mengeloh, kerana mereka yakin tahun ini pasukan Kelantan akan menjadi salah satu pasukan terbaik, peminat berharap pihak pengurusan pasukan akan berusaha memulihkan kekentalan pasukan, biar jadi macam bermulanya liga super.

Harapan masih ada untuk Kelantan menjulang piala liga super dan piala Malaysia, tapi susunan dan semangat pemain hendaklah diatasi, jangan sehingga penyokong berubah haluan. Presiden dan Ahli Majlis perlu bertindak segara supaya dapat menyelamatkan keadaan.

Apa yang saya dengar, pemain mula bersunggut bahawa diantara mereka sudah tidak ada persefahaman, pengurusan pula nampaknya lepas tangan dan jurulatih sudah hilang punca, maka satu tindakan menyusun semula kena bermula. Atasilah segera kerana peluang masih ada.

Peminat menunggu perlawanan dengan perlis nanti, kalau kalah lagi, nasib malanglah yang akan menanti.




No comments: