Tuesday, May 26, 2009

kakitangan Kerajaan 'KECEWA' teramat.

UMNO boleh terus menubuhkan kerajaan pada pilihanraya yang ke 13 nanti sekiranya mendapat sokongan padu dari ahli-ahli parti dan penyokongnya serta kakitangan awam yang tidak kecewa terhadap sikap kerajaan menjaga kebajikan golongan mereka. Inilah dua faktor besar yang akan menjadi ukuran penentu sokongan rakyat terhadap BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Pengalaman Dato' Najib selama 33 tahun berada dalam kerajaan tentunya mampu mengatasi semua permasaalah rakyat, terutamanya membela kepentingan rakyat diluar bandar yang masih bergantung harap kepada bantuan kerajaan dan juga kakitangan awam yang masih berharap mendapat kedudukan yang sewajar dengan tugas yang dipikul dalam ertikata kenaikan pangkat tidak terhalang ataupun dihalang kerana perbuatan manusia.

Menyambung perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) selama satu tahun lagi kerana atas "KEPENTINGAN NEGARA" melahirkan rasa tidak puas hati dikalangan Pegawai Tadbir yang sedang menunggu kenaikan pangkat. Sambung seorang untuk terus meneraju kepimpinan Perkhidmatan Awam bererti menyekat peluang kenaikan pangkat orang lain. Sampai bila agaknya usaha menyekat kenaikan pangkat orang lain akan diamalkan didalam sektor perkhidmatan awam?.

Kepentingan Negara seperti apa sehingga KSN yang ada hari ini dipertahankan supaya tidak BERSARA, atau ada unsur lain seperti kedaerahan atau ampunisam atau memang dah tak ada orang lain yang layak untuk dinobatkan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) selain daripada yang ada hari ini. Tahukah Dato' Najib berapa ramai lagi orang yang kecewa dengan tindakan kerajaan yang terus menyambung perkhidmatan orang yang sepatutnya berihat dari menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

Kalau setiap orang yang sudah sampai masanya untuk bersara dan oleh kerana mahu mengekalkan untuk memberi habuan dan kenikmatan kerana kenalan dan orang sekampung, maka adalah disarankan umur persara wajib hendaklah dihapuskan dan lebih baik digubalkan undang-undang supaya umur persaraan kakitangan awam ditetapkan kepada 99tahun ataupun sehingga mati. Maka tidak berlakulah penyekatan kenaikan pangkat dan boleh mengurangkan kekecewaan dikalangan kakitangan awam dan tidaklah akan memberi kesan yang mendalam kepada keputusan pilihanraya.

Jangan kerana hendak memperkasakan seseorang itu, maka kerajaan BN tumbang dan saya dengar banyak pegawai kerajaan dari bawah hingga keatas tidak senang dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini yang terus menyambung perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) selama setahun lagi. Jangan pula itu merupakan signal untuk kakitangan awam mengambil sikap tidak akan menyokong BN dalam pilihanraya yang ke 13 nanti. Parahlah BN.

Kenaikan gaji dan insantif lain tidak boleh mengubah kemarahan dikalangan sebilangan besar penjawat awam yang mengerti menilai kenapa seseorang itu dipertahankan untuk terus kekal memegang jawatannya. Mereka mahu keadilan dan hak mereka untuk terus diberi tempat yang sewajarnya tidak disekat atau tersekat. Apabila ada golongan baru yang tidak seronok kepada kerajaan maka bertambah satu lagi beban, apatah golongan baru ini yang dulunya menyokong BN dan akan mengubah haluan kelak. Ambillah perhatian supaya BN tidak menyesal kemudian nanti.

No comments: