Thursday, May 21, 2009

Anuar Musa, saya simpati !

Suasana UMNO Keterah masih suram, Gugurnya Anuar Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan kekalahan demi kekalahan Pasukan Bolasepak KAFA setiap kali perlawanan kini memerit ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Ketereh, tambahan pula beberapa orang ahli UMNO disekitar Kedai Ketereh setiap hari asyik membelasah Anuar Musa supaya beliau meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Mereka yang dulunya jadi pahlawan hadapan Anuar Musa kini sudah menjadi 'beruk' yang suka meniti diatas kayu bongkok, gugurnya Anuar Musa sebagai Pengerusi Perhubungan dijadikan alasan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan Anuar Musa di Bahagian Ketereh. Apakah tujuan dan maksud mereka itu kini?, kalau semasa Anuar Musa ada kuasa merekalah dibarisan hadapan, kini lain pula halnya.

Perlu diingat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh adalah Alwi Che Mat, bekas setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas setiausaha politik Anuar Musa semasa Anuar Musa jadi Menteri. Ilmu politik Alwi juga tinggi, Alwi tahu musim main politik dan suasana bagaimana untuk menjadi Ketua Bahagian secara mudah.

Kebetulan pula orang-orang yang tidak suka kepada Anuar Musa sekarang ini datangnya dalam DUN Kok Lanas yang mana Alwi Che Mat adalah wakil rakyatnya. Saya tidak menuduh bahawa ada gerakan untuk menyingkarkan Anuar Musa dari jawatan Ketua Bahagian Ketereh oleh orang-orang yang rapat dengan Alwi Che Mat, tapi saya percaya ada usaha untuk menyingkirkan Anuar Musa supaya tidak dilantik sebagai Pengerusi KADA (Lembaga Pengairan Pertanian Kemubu). yang tempoh perkhidmatannya akan berakhir pada 31hb. Mei 2009 ini.

Sekiranya betul apa yang saya dengar ini, maka nasib Anuar Musa dalam politik tidak ketentuan, Pengerusi Perhubungan UMNO digugur, Pengerusi KADA tidak disambung, Bolasepak terus menjunam yang mana beliau jadi Presidennya dan Bahagian UMNO yang beliau jadi Ketua pun ada masaalah. Sudah jatuh bukan lagi ditimpa tangga tapi ditimpa runtuhan bangunan batu yang beliau sendiri membinanya.

Akibat tersalah susun perlantikan Pegawai Parti di peringkat Bahagian, tidak mengambil kira pendapat dan pandangan akar umbi, maka Anuar Musa akan jadi mangsa keadaan, apa yang beliau bina sebelum ini akan menjadi musibah terhadap dirinya sendiri. Itulah sebabnya yang selalu saya ingatkan, jangan memilih orang tertentu supaya menyokong parti tapi biarlah orang yang datang menyokong parti.

Semuga yang ku dengar itu tidak semua betul. Harap-harap jawatan Pengerusi KADA itu dapat dikekalkan kepada Anuar Musa, sekurang-kurangnya ada jawatan yang beliau boleh gunakan untuk turun kebawah bertemu rakyat bagi membantu UMNO menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang.

No comments: