Thursday, April 8, 2010

KEJUTAN.


didalam gambar ini menceritakan segala-galanya, dulu, kini dan akan datang

Kelihatan dalam gambar: KDYMM Tuanku Sultan, DYMM Raja Perempuan dan YAM Tengku Temenggong Kelantan. (gambar utusan malaysia).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Ismail Petra, Sultan Kelantan telah beransur semboh dari kegeringan hampir setahun. Rakyat jelata teramat gembira dengan perkembangan Tuanku semalam yang telah bersama-sama lebih dari 100 orang anak-anak yatim di Istana Mahkota.

Tuanku dilihat gembira dan sentiasa senyum, begitu juga dengan DYMM Raja Perempuan Kelantan dan Anaknda Tuanku YAM Tengku Temenggong Kelantan yang mengiringi Tuanku kelihatan teramat gembira. Ada kawan-kawan telepon saya memberitahu berita tersebut telah keluar di TV dan Akhbar, saya jawab syukur ALHAMDULILLAH.

Seorang sahabat mengatakan beliau terkejut melihat keceriaan Tuanku dalam TV semalam dengan apa yang didengar dari cerita mulut kemulut sebelum daripada ini. Katanya, Tuanku dah boleh menyanyi itu satu keajiban, tidak seperti apa yang digambarkan oleh Tok Guru Nik Aziz baru-baru ni. Sahabat saya itu adalah penyokong kuat Tok Guru Nik Aziz.

Kepada saya keceriaan Tuanku bukan lagi sebagai kejutan kerana saya telah melihat dengan mata sendiri sebelum daripada ini di dalam Istana Mahkota, yang menjadi kejutan saya ialah kemunculan Dato' Wan Hashim Wan Daud dimajlis semalam, kerana sebelum daripada ini Dato' Wan Hashim telah ditangkap oleh polis atas tuduhan mengikut seksyen 419 iaitu penyamaran sebagai Setiausaha Sulit Sultan.

Sekiranya Dato' Wan Hashim menyamar, mana mungkin beliau akan ada bersama Tuanku Sultan dalam satu majlis dan majlis itu pula diadakan dalam Istana Tuanku. ternyatalah tuduhan terhadap Dato' Wan Hashim kerana menyamar sudah tidak boleh dipakai lagi dan siapakah yang mengatakan Dato' Wan Hashim menyamar sehingga pihak polis terpaksa melakukan tangkapan dan dilookupkan.

Pihak polis sepatutnya melakukan penyiasatan rapi, tangkap orang yang membuat lapuran yang menuduh Dato' Wan Hashim itu dan tanya siapa yang suruh dan buat pendakwaan semuga menjadi pengajaran, supaya lain kali tidak ada orang yang berani membuat tuduhan palsu bagi menyakiti orang lain. bagaimana pihak polis hendak buat supaya Dato' Wan Hasim tidak tercemar namanya. Tak mungkin pihak polis menangkap Dato' Wan Hashim sesuka hati saja, masukkan beliau dua tiga malam dalam lookup dan lepaskan saja. bagaimana dengan maruah dan keseksaan yang ditanggong oleh Dato' Wan Hashim. bagaimana pula pihak polis mahu bertindak terhadap orang yang mempersendakan titah Tuanku. Polis perlu adil.

Yang akan terkejut nanti apabila Tok Guru Nik Aziz pulang dari Umrah.

1 comment:

chegarMD said...

apa kena mengena dgn tok guru, awak ni apa, batu api ke? nampak nya dendam sangat dgn tok guru. orang lain yg buat orang lain yg kena.cukup lah dgn kisah istana.rakyat merasa bahagia berada
dalam situasi sekarang.