Wednesday, April 7, 2010

Degil Bermacam Degil.

Matthias Chang Wen Chieh, Bekas Setiausaha Politik kepada Tun Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri Malaysia diperintah masuk penjara kerana atas kesalahan menghina mahkamah. Kini beliau dimasukkan ke hospital kerana kesihatannya terganggu disebabkan kedegilan sendiri iaitu 'mogok lapar' semasa didalam penjara.

Matthias tidak mahu membayar denda berjumlah RM20,000 dan memilih untuk masuk penjara bagi menunjukkan protes keatas hakim yang menjatuhkan hukuman terhadapnya walaupun ada pihak-pihak yang sanggup membayar denda bagi pihak beliau. Kedegilan beliau itu pada mulanya memeranjatkan banyak orang tapi akhirnya orang sedar bahawa disebabkan perangainya itu beliau menerima padah.

Memilih dipenjara dari meminta maaf satu tindakan kebudak-budakan, apakah dengan berbuat demikian maka kerajaan dibawah pimpinan Dato' Najib akan mengkaji tatasusila para hakim yang mengamalkan prinsip rukun negara, tentu tidak sekali. Sedangkan semua manusia mengamalkan sikap tunduk diri sekiranya melakukan kesalahan dengan meminta maaf. Dua perkataan MINTA MAAF akan menyelamatkan dia dari dipenjara, tapi kerana degil dan nak menunjuk-nunjuk akibat diri sendiri kini terpaksa dikejarkan ke hospital.

Manakala Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Negeri Perak pula menunjukkan sikap degil terhadap Polis D' Raja Malaysia yang mana beliau enggang memberi kerjasama dalam melengkapkan siasatan berhubung dakwaan terhadap polis baru-baru ini.

Sikap degil beliau itu membuat polis akan mengambil tindakan yang tegas dan cekap bagi menyelesaikan kertas siasatan yang mana polis akan keluar notis supaya hadir untuk siasatan dan sekiranya masih berdegil kemungkinan beliau akan ditangkap dan di masukkan kedalam lookup. Ini seorang lagi jenis degil.

Yang melayu perempuan degil itu mujur diselamatkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Pahang terbabas dari dikena rotan kerana kesalahan minum arak ditempat awam. Dah la betina garik, minum minuman haram, degil pula gila-gila, tak mahu bayar denda lebih rela dikena sebat, ini satu lagi jenis manusia degil.

Tapi lebih menyusahkan lagi dengan kedegilan Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sehingga titih KDYMM Tuanku Sultan Kelantan tidak dihiraukan, yang ini jenis degil apa saya tak boleh baca. Carilah jawapan sendiri, mudah-mudahan apabila pulang dari mengerjakan umrah ditanah suci Mekkah, kedegilan Tok Guru akan berubah, semuga Tuanku boleh aman disingahsana apabila titah baginda Tok Guru laksanakannya.

Yang tidak degil hanya Dato' Wan Hashim Wan Daud, walaupun beliau adalah "Setiausaha Sulit kepada KDYMM Sultan Kelantan" tapi beliau sedia tidur dalam lookup apabila ditangkap polis selama 4 malam tapi sehingga kini beliau belum didakwa. Apa ertinya.

No comments: