Monday, April 26, 2010

Tun Razak dan Ghafar Baba tak sama dengan Najib dan Tamrin.

Zaid Mat Arip yang dikatakan cucu saudara kepada Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba minta UMNO supaya pecat Tamrin Abdul Ghafar iatu anak kepada pejuang tulin UMNO Tun Abdul Ghafar Baba kerana Tamrin Ghafar berada dipentas parti pembangkang PKR bersama Anwar Ibrahim di Hulu Selangor.

Sebenarnya tak usahlah ada pihak nak desak pemimpin UMNO terutamanya nak desak Dato' Seri Najib supaya pecat Tamrin Ghafar kerana usaha itu akan sia-sia. Dato' Seri Najib kenal siapa Tamrin Ghafar sejak dari dulu lagi dan Tamrin Ghafar juga tahu siapa Dato' Seri Najib dalam kamus politik beliau.

Boleh jadi UMNO tak akan bersusah payah untuk memecat Tamrin Ghafar kerana Tamrin Ghafar tahu hala tujunya apabila beliau dengan berani dan berprinsip muncul dipentas parti pembangkang diwaktu Dato' Najib perlu sokongan padu dikalangan ahli-ahli UMNO. Untuk itu saya sarankan supaya Tamrin Ghafar keluar dari UMNO dan kalau mahu aktif berpolitik pilihlah parti mana yang serasi dengan jiwanya untuk berjuang.

Tamrin Ghafar bukannya kebal seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Berada dipentas parti pembangkang bukan bererti sokong parti tersebut, satu alasan yang tidak boleh diterima pakai oleh orang yang waras. Pergi duduk dipentas dan tayang kehadiran kita kepada umum itu tandanya memberi sokongan secara terbuka, tak semestinya kena berucap baru boleh dituduh bersubahat, hadir itu sudah menunjukkan sudah subahat menyerang jemaah bersama.

Amaran awal pemimpin UMNO kepada setiap ahli UMNO, sesiapa yang menyokong parti pembangkang dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor akan diambil tindakan pecat daripada menjadi ahli, Tamrin Ghafar faham amaran tersebut, jadi tak usahalah ada sesiapa yang nak desak pucuk pimpinan, nanti sampai masanya gugurlah Tamrin Ghafar sebagai ahli UMNO, sama ada dengan beliau melakukan sendiri iaitu keluar dari UMNO atau tindakan susunlan keatasnya dari Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Yang pastinya bukan Tamrin Ghafar seorang saja akan hilang status sebagai ahli UMNO, ramai lagi ahli UMNO di Hulu Selangor akan diambil tindakan kerana tidak mungkin BN hanya menang 1500 undi lebih saja sekiranya tidak berlaku sabotaj. Kesimpulan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN akan menang sekitar 5000 hingga 6000 tidak mustahil sekiranya ahli UMNO di Hulu Selangor patuh kepada saranan pucuk pimpinan parti.

Jelas sekarang walaupun BN menang dengan mejoriti undi 1500 lebih itu, pembangkang masih kuat dan bersemangat, pilihanraya umum ke 13 nanti bukan kerja mudah untuk BN mendapat mejoriti 2/3 di parlimen. Oleh itu BN jangan hanya mengharapkan kepada nasib semata-mata, gerak kerja dan menyusun orang-orang yang tidak memberi penyakit kepada parti hendaklah dibuat sekarang. Menteri yang suka berbohong hendaklah dipecat dan diganti dengan orang yang menampilkan imej yang baik.

Elakkan teori 'RAHMAN' menjadi kenyataan. Tolonglah rakan-rakan yang kesempitan, mungkin Tamrin Ghafar diantaranya.

No comments: