Tuesday, April 20, 2010

Undi BN tiris di Hulu Selangor.

Kalau Zaid Ibrahim menang juga dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini, tak tahulah apa nak dikatakan. Memang nasib Zaid Ibrahim cerah dalam politik Malaysia, memang kesanggupannya untuk membawa suara keadilan di perlimen telah tertulis sudah. Tidak ada kulit yang tidak tercalar dibadan Zaid Ibrahim, dari budak kanak kepada dewasa yang hampir nyanyok tahu siapa itu Zaid Ibrahim, perangai zaman muda dan hobinya. Pendedahan isu peribadi menelanjangkan peal perangainya dizaman dulu.

Kalau beliau tidak bertanding diatas tiket PKR, tidak mungkin isu peribadinya ditelanjangkan habis-habisan oleh jentera UMNO, kerana semasa Zaid Ibrahim bertanding diatas tiket BN di Parlimen Kota Bharu dulu, PAS tidak mengambil kesempatan untuk memalukan Zaid Ibrahim seperti apa yang dimalukan hari ini. Politik, politik juga tapi maruah orang hendaklah dijaga, apatah lagi maruah diri yang tidak disangkutkan dengan orang lain. Bukan maruah melakukan rasuah, berzina, main bini orang dan sebagainya.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, apa motif sebenarnya apabila pemimpin negara suka memalukan airmuka sesama Islam disebabkan berbedza fahaman politik. Cerdik kah seorang pemimpin itu bercakap soal maruah bangsanya sendiri dihadapan bangsa lain kerana hanya mahukan undi sedangkan tuhan tidak menyuruh melakukan demikian. pastikah akan mendapat kemenangan diatas penderitaan keluarga Zaid Ibrahim kerana kita mendedahkan perilaku peribadinya kepada seluruh dunia dan apakah kita akan dapat anugerah dan rahmat daripada Allah dengan berbuat demikian. Rasa saya tidak.

Parlimen Hulu Selangor akan menceritakan detik camas BN menjelang hari mengundi nanti. Apa tidaknya, jentera dalaman BN/UMNO di Hulu Selangor sehingga kesaat ini masih lesu. Pemuda tidak dapat menyemarakan obor perjuangannya melalui poster dan bendera kerana semua logistik tersebut diuruskan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Kempen rumah kerumah Wanita UMNO pula hanya disemarakkan oleh jentera dari luar, begitu juga puteri yang tidak bermaya untuk mengalakkan pengundi muda perempuan dari terus bergedik menyokong BN. Manakala orang cina turun dengan bertekad tidak akan membenarkan wakil rakyat keturunan India bertapak disitu kerana mereka telah serik dengan kelakuan wakil rakyat India yang lalu.

Nampaknya ketirisan yang terdapat dalam jentera UMNO dan MCA itu akan dipergunakan oleh Zaid Ibrahim dan PKR bagi memunggut undi yang dulunya total menyokong BN tapi kini sudah malas dan lesu untuk membantu calun India yang banyak bercakap tapi sudah 20tahun bertapak di Hulu Selangor dengan kosong.

Lepas satu-satu perjumpaan SULIT diantara pengundi UMNO dengan Zaid Ibrahim ataupun dengan orang yang menyokong PKR terutamanya Anwar Ibrahim berjabat tangan dan bersedia untuk memberi undi kepada calun PKR. Kalau pun ada buah tangan dimalam terakhir yang diberi oleh jentera BN kepada pengundi, tentunya sudah agak terlewat kerana sikap pengundi sudah pun bulat. Sekiranya BN menang bukan kerana pemberiaan yang menjadi umpan tapi memang rakyat di Hulu Selangor sudah mahu meninggalkan PKR dan menyokong Dato' Sri Najib.

No comments: