Friday, April 2, 2010

KJ di Kampung Talang, Kadok, Kelantan.

Besok (3.4.2010) dikatakan genap satu tahun Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak jadi Perdana Menteri Malaysia. Tentunya ada kenyataan yang boleh membanggakan rakyat dan negara apabila beliau memberi ucapan secara langsung melalui TV malam besok. Dan adakah penyusunan kabinet baru akan disentuh kerana salah satu parti kompenan BN iaitu MCA baru mendapat Presiden baru.

Slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan sudah tersimpan dibibir semua lapisan masyarakat, ianya mudah disuara dan dinyanyikan baik anak-anak dan orang dewasa. Begitu juga menteri masa depan dalam kerajaan Dato' Najib akan terdiri daripada mereka yang diiktiraf oleh semua lapisan masyarakat dan dalam hal ini susunan menteri akan dilihat oleh rakyat sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar menjiwai masaalah rakyat.

Hari ini saya ada di Kelantan dan tentunya hari jumaat saya berada dikampung saya iaitu Kampung Kadok, Kebetulan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Saudara Khairy Jamaluddin KJ singgah di Kampung Talang sebelah Kampung saya untuk menzairahi seorang jawatankuasa Pemuda cawangan yang sakit lumpuh. KJ singgah dalam perjalanannya ke Bahagian Macang untuk menghadiri upacara pemyampaian hadiah bolasepak anjuran Pemuda UMNO Kelantan sempena lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Haji Muhamad Yassin esok bagi melancarakan program Juara Rakyat.

KJ yang diiktiraf oleh Pemuda UMNO dan dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak diberi tanggongjawab dalam Kerajaan, ianya mungkin Dato' Najib tidak melihat KJ sebagai wakil suara orang-orang muda dalam Kerajaan tapi lebih kepada menilai KJ sebagai seorang individu yang ada masaalah dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed. Itu dulu dan mungkin setelah genap setahun Dato' Najib menjadi Perdana Menteri dan melihat rekod kesetiaan KJ terhadap parti dan kerajaan ianya akan mendorong melihat suara Pemuda UMNO hendaklah komited dalam melaksanakan slogan kerajaan iaitu 1Malaysia.

Melihat kepada barisan panjang Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama-sama dengan KJ turun padang, sudah jelas dalam Pergerakan Pemuda UMNO sudah tidak ada masaalah lagi, suara-suara nakal telah terhenti kerana KJ cepat mengambil iktibar supaya yang jauh diperdekatkan bagi merapatkan barisan untuk mempastikan agenda parti dan kerajaan akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang.

Sudah sampai masanya KJ dilihat sebagai kepala kepada genarasi muda untuk menunduk kerakusan para pejuang bangsa asing yang bertopengkan rakyat malaysia yang mahu melihat keistimewaan Melayu terhakis dan hilang dibumi Tanah Melayu ini. Pemuda UMNO hendaklah dilihat lebih gagah daripada PERKASA dalam mempertahankan maruah melayu dan untuk itu KJ hendaklah diberi semangat dan kekuatan untuk melakukannya.

Dato' Najib boleh merlaksanakannya.

2 comments:

Abdoel Moeis said...

Terfikir apa budi TDM yang menyebabkan banyak keputusan PM seolah-olah dibayangi oleh TDM. PM perlu menampakkan dirinya yang sebenar kalau mahu dihormati oleh pengikut UMNO

chegarMD said...

kalau kj dan rakan2 nya pejuang melayu sejati, royalti minyak kelantan dan teranganu mesti di perjaungkan bersama rakyat melayu di kedua2 negeri sebagaimana yg di sarankan oleh kuli dan di sukong oleh musa hitam.tapi amat malang politikus2 melayu lebeh mengutamakan agenda politik dari kepentingan bangsa itu termasuk penderhaka yg berasal dari kedua2 negeri.bye2nationalisma...