Saturday, April 24, 2010

Tamrin Ghafar dipentas PKR


Tamrin Ghafar, anak kepada pejuang tulin UMNO dan bekas Timbalan Presiden UMNO yang juga Bekas Timbalan Perdana Manteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba telah dan akan kembali aktif dalam politik kepertian setelah sekian lama membisu dan berdiam diri.

Tapi kali ini nampaknya beliau tidak aktif bersama UMNO walaupun beliau adalah ahli UMNO, kemunculan Tamrin Ghafar dipentas ceramah PKR di Sungai Buaya dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor semalam menimbulkan seribu tandatanya kerana dipentas tersebut ada Anwar Ibrahim yang semua orang tahu hubungan politik mereka berdua tidak begitu akrab setelah Anwar membunuh keriar politik Tamrin semasa mereka bersama dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Itulah politik, kawan tidak akan kekal dan musah akan menjadi kawan yang rapat. Apakah motif Tamrin Ghafar hadir dipentas parti pembangkang itu sedangkan dia adalah ahli UMNO dan masih UMNO, apakah beliau telah bersedia untuk diambil tindakan oleh parti dan bersediakah beliau untuk tidak dibenarkan aktif bersama UMNO nanti.

Mengenali sifat Tamrin Ghafar nampaknya beliau telah bersedia menghadapi sebarang risiko apatah lagi sekarang ini beliau kerap berulang alik ke Kota Bharu, Kelantan dan sering juga berjumpa dengan Exco dan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz.

Jadi tak hairanlah sekiranya selepas daripada ini, dimusim ada ahli PKR keluar parti, tiba-tiba ada orang dan ahli UMNO juga keluar parti dan menyertai parti pembangkang. Ini menunjukkan semua parti politik ada masaalah, tidak semuanya parti politik disenangi oleh ahli-ahli sama ada parti Kerajaan ataupun parti pembangkang.

Tindakan beberapa orang ahli wakil rakyat PKR keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan adalah betul kerana sekurang-kurangnya mereka itu bebas dari kesalahan melakukan rasuah. Mungkin sekiranya mereka itu bertahan menjadi wakil rakyat PKR, nasibnya tidak sebaik hari ini dan semalam. Bebas dan Dilepaskan dari rasuah.

Mereka dari parti pembangkang keluar parti kerana ada sebab peribadi, seperti takut disumbat kepenjara dan sebagainya, tapi ahli parti dari kerajaan seperti Tamrin Ghafar sekiranya akan keluar parti untuk apa sebenarnya. Dan apabila saya bertanya, katanya You akan tahu nanti.

No comments: