Sunday, April 25, 2010

Berapa juta dibelanja di Hulu Selangor?

Hari ini (24.4.2010) akan menentukan siapa pilihan rakyat di Hulu Selangor sebagai Ahli Parlimen, adakah Kamalanathan daripada BN atau Zaid Ibrahim daripada PKR. Keputusan pilihanraya ini tidak membawa apa-apa erti kepada Kerajaan, kalau BN kalah pun tidak menjejaskan kekuatan kerajaan di Parlimen dan kalau menang pun tidak membawa apa-apa perubahan kepada pembangkang.

Kerana ini pilihanraya kecil yang tidak memberi makna yang besar kepada perubahan suasana politik malaysia, hanya boleh dijadikan sedikit ukuran untuk persiapan menjelang piliharaya umum ke 13 nanti, terutamanya kepada BN dan Kerajaan bagi membuat kajian adakah dasar-dasar dan slogan yang dikemukan oleh Kerajaan dibawah pimpinan YAB Dato' Seri Najib diterima pakai oleh rakyat jelata.

Manakala pihak pembangkang berkesempatan menilai prestasi sebenar kekuatan pakatan rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP yang sekarang ini dimomokkan dengan keluarnya ahli-ahli PKR dan menyertai UMNO. Ada baiknya perkara tersebut berlaku sekarang, sekurang-kurangnya PKR boleh membersihkan keanggotaannya supaya ahli-ahli PKR yang betul betul tulin saja berada dan berjuang bersama pakatan Rakyat.

Selesai pilihanraya kecil di Hulu Selangor hari ini akan berlabuh pula di Sibu Serawak, yang juga akan menyaksikan pertandingan diantara BN dan Pakatan Rakyat DAP. Disini kemenangan sekiranya berpihak kepada parti pembangkang akan memberi kesan kepada BN kerana selepas daripada ini Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan bagi mengadakan pilihanraya umum peringkat negeri kerana tempun penggal sudah hampir tampat.

Hanya yang akan lelah nanti apabila kedua-dua pilihanraya kecil ini iaitu Parlimen Hulu Selangor dan Sibu dimenangi oleh Pakatan Rakyat, Percaturan politik BN hendaklah dikaji semula dan tindakan yang drastik hendaklah dibuat bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada pemimpin parti kompenan BN terutamanya para menteri yang diberi tugas dan tanggongjawab bagi menjamin bahawa rakyat akan sentiasa menyokong kerajaan.

Isu-Isu peribadi eloklah tidak diketengahkan lagi dalam kempen pilihanraya, kerana disamping kita menunjukan satu jari telujuk kepada orang, empat lagi jari termasuk jari keliking sedang menunjukkan kepada diri kita. Kalau saya bertanya, siapa dikalangan menteri kita yang tidak melakukan dosa-dosa besar, siapa yang berani jawab bahawa semua menteri kita tidak pernah melakukan dosa-dosa besar. Jadi tak usahlah "hipokrit", yang bagusnya para menteri kita teruskan memberi khidmat yang cemerlang sepertimana yang dilakukan hari ini. Apabila rakyat suka kepada menteri itu bererti rakyat suka kepada kerajaan.

Dato' Seri Najib hendaklah mengambil kesempatan bagi mencuci kebinetnya dari dianggotai oleh orang yang sudah malas berkhidmat kepada rakyat, orang yang hanya tunjuk lagak dengan jawatan menteri dan kekayaan diri tapi menjadi penyakit kepada parti dan kerajaan yang akhirnya boleh menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Sekiranya masih terdapat atau masih dikekalkan menteri yang menjadi barah kepada kerajaan dalam kabinet Dato' Seri Najib itu alamatnya Dato' Najib sendiri ingin membiarkan kerajaan malaysia ditukar pemerintahannya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Inilah masa yang sesuai untuk Dato' Najib tukar Menteri Kabinet.

No comments: