Heran. Tiap-tiap hari surat kabar dan tiap-tiap malam stesen TV 1, TV 2, TV 3, TV 8, TV 9, NTV 7, ASTRO serta blog-blog yang pro UMNO/BN menghentam Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan menghina serta mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang tapi apabila mereka berdua adakan ceramah, puluhan ribu rakyat keluar mendengar pesanan dan amanat mereka berdua.
Kalau diambil kira dengan isu dan cara media cetak dan media elletronik berhujah tentang keburukan akan berlaku kepada rakyat dan negara sekiranya menyokong Pakatan Rakyat terutamanya menyokong Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sepatutnya sudah tidak ada manusia yang ingin mendengar ceremah mereka berdua.
Apakah kerana rakyat tidak percaya terhadap lapuran yang dibuat oleh media dan blogger yang pro UMNO/BN menyebabkan rakyat terus menerus mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh parti Pakatan Rakyat atau rakyat sengaja keluar hanya untuk mendengar Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bercakap bohong.
Kalau orang ramai sengaja keluar untuk mendengar cerita orang berbohong itu tandanya Kerajaan BN akan jatuh dalam PRU 13 kerana ramai rakyat Malaysia sudah 'gila sepera' dan orang yang 'gila sepera' akan membuat keputusan seperti mana yang mereka lakukan.
Atau mungkin rakyat mahu mengesahkan akan kebenaran apa yang dilapurkan oleh media dan blogger pro UMNO/BN dan setelah mereka mendengar barulah mereka dapat tahu kebenaran iaitu lapuran yang dibuat oleh media dan blogger yang pro UMNO/BN yang berbohong dan tidak benar.
Maka akan susahlah pihak UMNO/BN untuk menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dari mendapat sokongan padu daripada rakyat jelata. Ini akan berterusan ke PRU ke 13 yang mana rakyat akan membuat keputusan untuk memilih parti manakah akan diberi mandat bagi membentuk kerajaan. Yang paling trajedi nanti apabila rakyat ramai-ramai akan membuat pilihan untuk merasai hidup didalam sebuah kerajaan yang baru.
Yang menariknya apabila Perdana Menteri Dato' Najib tanya Pakatan Rakyat, mana susunan kabinet kerajaan bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat sekiranya PR berjaya merampas PUTRAJAYA. Kenapa jadi begitu, adakah Dato' Najib sendiri sudah teringin sangat nak lihat siapa yang akan jadi menteri dalam Kerajaan Pakatan Rakyat. bahaya tu.
Kesimpulannya dalam PRU ke 13 nanti Kelantan tidak termasuk dalam agenda memenangkan kerusi kerana kepada Dato' Najib rakyat kelantan memang pandai membuat keputusan politik, siapa yang hendak dipilih dan diberi kemenangan, jadi diserahlah kepada Ketua-Ketua Bahagian UMNO menentukan calun-calunnya nanti dan sesiapa yang tidak disukai oleh Ketua Bahagian walaupun rakyat suka jangan diharap dapat jadi calun terutamanya di Parlimen Ketereh sekiranya Anuar Musa bersikap seperti PRU 12 lalu.
Dan betulkah sekiranya disiapkan kolej Mitrukulasi di Kok Lanas dan mengadakan sebuah Stadium Bolasepak ala England di Gading Galoh Kok Lanas Ketereh YANG HARGANYA DIJANGKA rm500.00 juta, maka Parlimen Ketereh akan dimenangi oleh BN sekiranya Anuar Musa jadi calun?.
Dengan kemenangan Parlimen Ketereh maka selesalah Dato' Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan terbinalah sebuah Stadium yang akan dibanggakan oleh peminat bolasepak rakyat kelantan dengan dihanyut oleh 'Gelombang Merah' ke laut cina selatan.
Anuar Musa masih ada harapan untuk menang di Parlimen Ketereh sekiranya, Pemuda dan wanita berganding bahu membantu beliau dengan mencalunkan semula Azmi Ishak di DUN Melor, Roslan Hamid di DUN Kadok dan diganti dengan Ustaz kamaruddin di DUN Kok Lanas. Alwi Che Mat bolehlah dibesarakan kerana sudah terbukti tidak menguntungkan politik UMNO dan boleh mengalahkan Anuar Musa sekali lagi. Tolong rujuk kepada keputusan PRU 12 di Peti Undi Tanjung Pagar, kampung Alwi Che Mat.
3 comments:
As Salam
Sy sangat tertarik dengan tulisan saudara yang banyak menyentuh akan kepincangan yang berlaku di UMNO bahagian Ketereh..marah benar saudara kat Datuk Luwi ni..haha..Bagi sy, TSAM bercita cita tinggi..hmm..mungkin kah dia beralih arah dari DUN ke Parlimen atas sebab beliau sudah angkat bendera putih nk tawan kelantan?haha...seingat sy, beliau telah byk kali gagal bw bahtera dacing ke Kelantan ketika jd pengerusi perhubungan dulu..haha..
Apa pun sy suka lihat beliau berada di DUN sewaktu jd ketua pembangkang dulu..ucapan yg penuh bersemangat..klu nk d beakan dgn Datuk Luwi..huih..mache langit & bumi..Luwi xbest..
Apai, kalau nak Alwi bertanding di Parlimen kena usahalah sisihkan Anuar Musa. Kerana Anuar Musa tahu siapa yang mengkhianati dia dealam PRU 12 dulu.
ambo xbrapo brehi nge caro Datuk Luwi..dia patut berundur dr politik mache bos dio (Pok Loh) wat tuh..
Ambo sokom Tan Sri..dio panda kecek..pernoh dulu dgr dio cramoh atas rumoh kawe suatu ketika dahulu...
Post a Comment